Terlepas menonton filem The Garden of Evening Mists di pawagam?

Jangan bimbang, anda kini boleh menonton filem yang diadaptasi daripada novel tulisan Tan Twan Eng itu di Astro First.

Bukan sahaja di saluran 480, filem yang mendapat sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse Ke-56 itu juga boleh dilayari menerusi platform On Demand.

BACA: The Garden of Evening Mists Menang Anugerah Rekaan Kostum & Solekan Terbaik, Anugerah Golden Horse ke-56

Filem The Garden of Evening Mists mengisahkan kehidupan wanita bernama Teoh Yun Ling lakonan Sinje Lee yang mahu membina taman Jepun demi mendiang adiknya, Teoh Yun Hong (Serene Lim).

Bagaimanapun, Yun Ling kemudian menjalin hubungan terlarang dengan tukang kebun, Nakamura Aritomo (Hiroshi Abe).

FILEM THE GARDEN OF EVENING MISTS KINI DI ASTRO FIRST. . Berita baik untuk semua Filem The Garden of Evening Mists kini di Astro First untuk tontonan bersama seisi keluarga sekarang boleh dilanggan melalui saluran 480 dan On Demand. . #TheGardenOfEveningMists #TGOEM #Astroshaw #AstroFirst

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Menariknya, karya tempatan bertaraf antarabangsa itu menjalani penggambaran sepenuhnya di negara ini.

Karya terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu mengetengahkan latar belakang zaman penjajahan Jepun yang menampilkan barisan pelakon dari pelbagai negara.

BACA: 5 Sebab Anda Perlu Tonton Filem The Garden of Evening Mists

Terdahulu, filem tersebut sudah menemui penonton di pawagam sejak 16 Januari lalu dan ditayangkan di beberapa buah negara termasuklah di Singapura, Brunei, Hong Kong dan Taiwan.