Filem The Garden of Evening Mists (TGOEM) memulakan tayangannya secara serentak di tiga buah negara, Malaysia, Singapura dan Brunei bermula hari ini.

Sebanyak 108 buah pawagam yang akan menayangkan filem bertaraf antarabangsa terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu.

Daripada angka itu, orang ramai boleh menonton naskhah tersebut di mana-mana 98 buah pawagam terpilih di negara ini, manakala tujuh pawagam di Singapura dan tiga buah pawagam lagi di Brunei.

BACA: Baru Tengok Trailer Tapi Ramai Yang Dah Tak Sabar Nak Tonton The Garden Of Evening Mists, Filem Wajib Tengok Ni!

Terdahulu filem The Garden of Evening Mists sudah ditayangkan di Taiwan dan Hong Kong.

Bukan itu sahaja, filem itu juga sudah membuat tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Busan ke-24 pada Oktober lalu.



Sebelum ini, filem yang mendapat sentuhan pengarah prolifik dari Taiwan, Tom Shu-Yu Lin itu turut menerima sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse ke-56 di Taiwan.

BACA: The Garden of Evening Mists Menang Anugerah Rekaan Kostum & Solekan Terbaik, Anugerah Golden Horse ke-56

Antara nama besar yang menjayakan filem tersebut termasuklah Sinje Lee (The Eye), Hiroshi Abe (After The Storm), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl With The Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).

TGOEM merupakan karya adaptasi novel nukilan novelis tersohor tempatan, Tan Twan Eng yang memaparkan kehidupan semasa zaman penjajahan Jepun di negara ini.

BACA: "Saya Seorang Yang Mementingkan Kesempurnaan" - Penulis Novel The Garden of Evening Mists Ambil Masa Hampir 4 Tahun

Ia mengisahkan kehidupan wanita bernama Teoh Yun Ling (Sinje Lee) yang mahu membina taman Jepun demi mendiang adiknya, Teoh Yun Hong.

Bagaimanapun, Yun Ling kemudian menjalin hubungan terlarang dengan tukang kebun Jepun, Nakamura Aritomo (Hiroshi Abe).

Apapun, bagi mengetahui kesudahan kisah mereka, jangan lupa saksikan The Garden of Evening Mists di pawagam berdekatan anda bermula hari ini!