Gary Dedah Ambil Masa Lima Tahun Tawan Hati Song Ji Hyo

Ahmad Shah
Februari 12, 2016 06:23 MYT

Ahli Running Man Kang Gary mendedahkan mengambil masa selama lima tahun untuk cuba memikat Song Ji Hyo.

Menurut laporan media China, Gary membuat pengakuan tersebut secara terbuka sewaktu menghadiri acara perjumpaan peminat Running Man di Taiwan baru-baru ini.
“Secara jujurnya selama lima tahun berada dalam Running Man, saya ada membuat cubaan untuk memikat Song Ji Hyo.
“Tetapi selepas difikirkan kembali, saya rasa ia bukanlah waktu yang sesuai untuk kami menjadi pasangan,” katanya
Bagaimanapun, demi peminat pasangan Isnin (Monday Couple) Gary berjanji untuk mempertahankan ‘cintanya’ terhadap Song Ji Hyo dalam Running Man
Kenyataan Gary itu membuatkan peminat Running Man mula mempersoalkan hubungan pasangan tersebut.
Terdahulu, gelaran Monday Couple itu diperkenalkan oleh Yoo Jae Suk selepas ‘menjodohkan’ mereka berdua dalam program Running Man.
Olahan Semula: Mya Amri
Sumber: Koreaboo

#Song Ji Hyo #Kang Gary #Monday Couple #Kang Gary