Laman Utama

Gatal Tangan Komen Isu Janna Nick, Riena Diana Pula Kena Kecam Netizen!

Asyikin Mayudin
22/09/2022
01:55 MYT
Tindakan pelakon Riena Diana meninggalkan komen di artikel mengenai penampilan seksi selebriti terkenal Janna Nick mengundang kecaman netizen.
Tiada niat untuk pertahankan Janna, Riena berkata dia hanya mempersoalkan sikap segelintir netizen yang hanya menyalahkan wanita apabila melibatkan gangguan lucah.
“Saya ada komen di artikel mengenai Janna… saya cakap zaman sekarang ramai lelaki yang sakit otak. Lepas itu, ramai pula netizen kecam saya.
“Tapi bukan niat saya nak pertahankan sesiapa, tapi apa yang saya cuba cakap ialah kenapa perempuan selalu disalahkan? Lelaki gatal ini macam mana pula?
“Saya pernah berada di situasi itu juga di mana kita pakai longgar-longgar pun orang komen fasal badan kita. Jadi salah perempuan lagi?” kata Riena kepada Gempak.
Terdahulu, penampilan Janna yang memakai baju ketat sehingga menampakkan bentuk badannya ketika menghadiri majlis tayangan filem Juang menerima kritikan.
Menerusi video yang dikongsikan pengguna TikTok, Janna sedang duduk memandang ke belakang untuk melambai peminat namun pakaiannya dilihat sangat ketat sehingga menampkan bahagian punggung.
Diruangan komen video itu dipenuhi dengan komen berbaur lucah terutama daripada netizen lelaki selain ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dengan video tersebut.
Dalam pada itu, bekas pengacara Gempak TV ini mengakui kesilapannya yang mencari masalah sendiri sehingga dikecam netizen.
“Salah tetap salah… tak boleh la nak cakap pakai ketat itu betul. Saya pun tahu tak boleh nak tegakkan benang yang basah. Saya pun tak ada nak cakap pakai seksi itu betul.
“Salah saya sendiri gatal nak komen kan… jadi padan la muka,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Ernie Zakri Enggan Komen Lebih Lanjut Isu Diperlakukan Tidak Professional - “Lambat Laun Orang Akan Tahu Juga”

gempak
26/07/2024
09:55 MYT
Penyanyi Ernie Zakri tampil mengulas mengenai isu ciapan di X yang pernah di muatnaik beberapa minggu lepas.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).