Gaun Pengantin Anak Donald Trump Bernilai RM1 Juta, Terima Cincin Pula RM5.5 Juta

Maliah Surip
November 14, 2022 05:45 MYT

Anak perempuan Donald Trump, Tiffany Trump baru berkahwin dengan kekasihnya, Michael Boulos dalam majlis serba mewah yang berlangsung di Palm Beach, Florida, Amerika Syarikat, hujung minggu lalu.

Selain kemewahan majlis yang hanya dihadiri sekitar 500 tetamu penting tersebut menjadi perhatian, gaun pengantin yang dipakai Tiffany juga menjadi buah mulut.
Gaun pengantin rekaan Elie Saab itu ditaburi dengan kristal dan dipercayai mencapai harga RM1.3 juta.
Satu sumber sebelum ini memberitahu People, Tiffany, 29, sangat obses dengan sesuatu yang glamor dan bergemerlapan selain sukakan suasana romantis.
Justeru, bukan satu kejutan jika gaun pengantin lengan panjang yang digayakan pada hari bersejarah itu ditaburi dengan kristal yang cukup cantik.
Terdahulu dia juga telah menerima sebentuk cincin dipercayai bernilai sekitar RM5.5 juta sewaktu dilamar Boulos yang dikenalinya sejak tahun 2018.
Tiffany yang diberi nama sempena dengan jenama perhiasan mewah Tiffany & Co, berkahwin dengan Boulos yang juga lahir dalam kalangan keluarga konglomerat dan kaya raya selepas bertunang tahun lalu.
Pada majlis penuh intim itu, mantan isteri Trump yang merupakan ibu Tiffany, Marla Maples turut hadir.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Kahwin #Anak #Michael #“Donald #“ #“Tiffany #Boulos” #Trump”