Gaya Festival 2019 telah berlangsung dengan meriah di Busana MARA & Medan MARA pada 5 hingga 7 Disember 2019.

Gaya Festival 2019 merupakan program berbentuk showcase usahawan di bawah kluster gaya hidup yang mewakili tujuh program khas.

Tujuh program khas yang terlibat itu adalah MARA in Fashion (MIF), Hair In Trend (HIT) Barber, AORA Spa, Beauty In Business (BISS),Pembangunan Usahawan Resort (PURE), KRAFTERA dan KBNET perabot.

Program ini juga membuka peluang kepada usahawan, penyewa dan
pelajar IPT/IPMA untuk mewujudkan rangkaian dengan pemain industri, ejen pemasaran, pengedar, pembekal juga sesama usahawan yang akan hadir nanti bagi meluaskan akses pasaran produk dan perkhidmatan hingga ke pasaran antarabangsa.

Gaya Festival 2019 ini juga merupakan titik tumpuan untuk menghebahkan kepada masyarakat tentang program-program khas keusahawanan yang sedang dilaksanakan oleh MARA bagi menambah baik sistem penyampaian maklumat dari atas ke akar umbi sekaligus meningkatkan imej organisasi MARA di mata masyarakat.

Antara VIP yang menghadiri program ini adalah Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, YBhg. Dr. Hasnita Binti Datuk Hashim, Pengarah Pembangunan Usahawan MARA, Ismail Bin Abdullah, Ketua Pengarah MARA Wilayah Persekutuan, Ahmad Izlan Bin Idris dan ramai lagi.

Selain itu, Jurugaya Min Luna juga telah mengadakan sesi kelas penggayaan diikuti sesi perkongsian bersama Ayie Mr.Stailista, Faizal Hamid, Andrew Tan pada hari pertama program ini diadakan.