VIRAL

“Gaya Macam Orang Berumur" – Netizen Terkejut Bila Tahu Umur Sebenar CEO Batu

Umirah Halim 24/05/2025 | 08:55 MYT
Nama pempengaruh dikenali sebagai ‘CEO BATU’ mendapat perhatian di media sosial selepas polis mengesahkan penahanan individu berkenaan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan menghantar mesej dan gambar berunsur seksual kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, tangkapan dilakukan selepas ibu kepada mangsa membuat laporan polis.

“Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan semalam selepas menerima laporan daripada ibu mangsa,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Susulan berita tersebut, ramai netizen menyatakan rasa terkejut selepas mengetahui usia sebenarnya yang baru mencecah 22 tahun, berbanding penampilannya yang disangka jauh lebih matang.

Antara komen yang diterima di platform Threads:

“Sungguh-sungguh saya ingat CEO BATU umur 30-an. Sekali rupa-rupanya baru 22 tahun. Haih, saya pula yang lebih tua, hahaha.

“Kes CEO BATU tu saya tak terkejut sangat dengan perangainya. Tapi yang betul-betul mengejutkan, dia baru 22 tahun? Tak sangka langsung, muka dan gaya dah macam orang berumur.

“Betullah apa orang cakap, generasi Z sekarang memang nampak lebih matang atau tua dari usia sebenar. Tengok sajalah CEO BATU, baru 22 tahun, saya sangka dah 30 lebih.

“Nampak macam umur awal 40-an. Memang tak sangka langsung.” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, tular beberapa tangkap layar perbualan di media sosial membabitkan mesej berunsur seksual antara suspek dan individu lain, termasuk dakwaan daripada pempengaruh terkenal, Caprice, yang mendedahkannya menerusi laman Instagram.

Setakat ini, siasatan terhadap pempengaruh itu masih berjalan dan siasatan masih tertumpu kepada kes utama yang telah dilaporkan.

#CEO #Terkejut #Matang #Umur #Batu