HIBURAN

Gayakan Busana Terdedah Seperti Berkemban, Netizen Kritik Muzik Video Raya Mimi Fly - “Lari Maksud Sebenar Aidilfitri”

Khairil Khusyairi 16/03/2025 | 02:13 MYT
Muzik video lagu raya Serumpun nyanyian Mimi Fly mencetuskan kontroversi apabila pemilihan pakaian penyanyi itu dianggap terlalu terdedah dan kurang sopan bagi sambutan Aidilfitri.
Kritik Penampilan Dalam Muzik Video
Walaupun lagu tersebut mendapat pujian kerana rentak yang segar dan membawa kelainan dalam genre lagu raya, penampilan Mimi dalam muzik video berkenaan tidak disenangi ramai.
Dalam muzik video tersebut, pelantun lagu Angkat itu mengenakan busana rona gelap dengan bahagian dadanya terdedah.
Lari Matlamat Sambutan Hari Raya
Rata-rata netizen berpendapat bahawa pemakaian Mimi tidak mencerminkan semangat dan makna sebenar Hari Raya, yang sinonim dengan pakaian sopan dan tradisional.
Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kurang senang dengan busana yang digayakan Mimi dalam muzik video tersebut.
“Boleh aje pakai elok-elok, kebaya ke atau sebagainya.” komen seorang netizen.
“Lari maksud sebenar sambutan Aidilfitri,” tulis netizen.
“Lagu raya, dengan baju berkembannya, promote pula di bulan Ramadan??? No, thank you! Lagu, okay-okay lah,” kritik netizen lain.
“Baju tu tak proper langsung, pakai baju kurung ke kebaya ke lagi cantik,” tulis netizen kecewa.
“Tak patut berpakaian berkemban macam ni.” komen netizen lagi.
“Betul…hari raya berkemban, padahal itu hari kebesaran umat Islam,after bulan suci Ramadan,” tulis netizen.
“Lagu best tapi kalau mv tak sedap mata memandang, terus tak jadi nak tengok,” komen netizen lagi.
Walaupun dikritik hebat, masih ada netizen yang menyukai konsep moden yang dibawakan Mimi dalam Serumpun dan merasakan muzik video tersebut sebagai satu bentuk ekspresi seni yang unik.
#Busana #Sopan #Raya” #Penampilan #Berkemban #“Mimi #“Lagu #Fly” #Serumpun