G-Dragon Beri Keterangan Kepada Polis Kes Dadah, Air Kencing & Rambut Diuji
Maliah Surip
07/11/2023 14:55 MYT
07/11/2023 14:55 MYT
Dunia seni Korea Selatan saat ini sedang memberi tumpuan kepada salah seorang anggota Big Bang, G-Dragon yang dikaitkan dengan isu penyalah gunaan dadah.
Sudah menafikan khabar angin dirinya menggunakan dadah, G-Dragon kemudian hadir ke Balai Polis Incheon untuk memenuhi panggilan pihak berkuasa daripada jabatan narkotik.
Usai menjalani soal siasat selama empat jam, G-Dragon bertemu media tempatan sekaligus menjawab spekulasi negatif yang sedang menghambat dirinya.
Kepada media tempatan, G-Dragon sekali lagi menegaskan dirinya tidak mengambil najis dadah. Pihak polis juga tidak menemui bukti yang mengaitkan dirinya dengan dadah yang diambil menerusi sampel air kencing dan rambut.
“Semua keputusan ujian yang dijalankan negatif. Saya harap agar pihak berkuasa dalam memberikan keputusan yang tepat dalam masa terdekat,” katanya seperti dilaporkan Soompi.
G Dragon juga menjelaskan telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa.
Dia juga percaya pihak berkuasa tidak mempunyai agenda ‘jahat’ terhadap dirinya secara peribadi.
“Pihak berkuasa tidak mempunyai agenda terhadap saya. Mereka hanya menjalankan tugas. Saya hadir ke balai polis sebagai tanggungjawab untuk melancarkan proses.
“Saya bertanggungjawab menafikan semua gosip yang tidak benar tentang diri saya,” katanya lagi.
Bintang terkenal itu kemudian meninggalkan pesan agar peminat tidak bimbang dengan kontroversi yang sedang melanda dirinya kini.