Laman Utama

Gedung Terbakar Awal Tahun, Jakel Buka Premis Baharu Di Shah Alam! - "Ada 1,000 Parkir, Buggy Khas Untuk Pelanggan"

gempak
Amri Hassan
05/04/2023
08:58 MYT
Sponsor Banner
Gedung Terbakar Awal Tahun, Jakel Buka Premis Baharu Di Shah Alam! - "Ada 1,000 Parkir, Buggy Khas Untuk Pelanggan"
Biarpun diduga dengan kebakaran gedung tekstil besar di Shah Alam awal tahun ini, Jakel terus memperluaskan penawaran jualan persiapan Aidilfitri kepada orang ramai menerusi pembukaan premis baharu miliknya di Seksyen 7, Shah Alam.
Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, premis berkenaan yang terletak 200 meter dari gedung yang musnah dalam kebakaran sebelum ini dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan.
"Premis baharu kami yang terletak bersebelahan Hospital Shah Alam ini turut menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa.
"Kita turut menyediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai," katanya.

Tawaran harga menarik di Jakel Shah Alam

Sehubungan itu, Mohamed Feroz menyeru warga Shah Alam dan orang ramai untuk meluangkan masa berkunjung ke Jakel Shah Alam yang baharu itu sambil membeli belah dengan tawaran harga yang menarik.
"Apapun kami bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri.
"Pada masa sama, orang ramai juga berpeluang untuk dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini," katanya.

Kempen Jualan Rahmah

Tambah beliau, di samping itu, selari dengan inisiatif dan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pihaknya turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel baru-baru ini.
"Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, " ujarnya.
Selain itu, kata beliau, Aaron Aziz dan Nabil Ahmad dipilih menjadi duta Jakel tahun ini, di mana baju Melayu mereka yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM229, kini hanya dijual RM149 termasuk samping dan butang baju percuma.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024