Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

GEGAR Tampil Dengan Segmen Bro Pagi Gegar, Perkenal Fizie Roslan Sebagai Penyampai Baharu!

Firdaus
03/01/2024 11:55 MYT
Jenama radio pilihan nombor 1 Pantai Timur, memperkenalkan segmen baharu 'Bro Pagi Gegar' yang menampilkan gandingan personaliti Fizie Roslan dan Issey Fazlisham dari jam 6 hingga 10 pagi.

Segmen tersebut terbahagi kepada beberapa pengisian seperti WikiGEGAR, Tahu Ke Dop?, Guano Preh, Skalo Bereh, Yang GEGAR, Yang Gogek, Open Table, Abe Salok Madu dan Bro Talk.

BERITA TRENDING: “No Syatu Lah Dik” - Ramai Suka! Siap Ucap Tahniah, ERA Kekal Radio Nombor Satu Dengan 5.4 Juta…

Selain itu, terdapat juga segmen GEGAR 10-3 yang turut menampilakan gandingan baharu Scha Musa dan Shah Muhammad, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang dengan pengisian terkini seperti Lagu SS, Ko Kenapa Bang?, Pilihan Lagu Atau Karaoke dan Baru @10-3.

Untuk segmen dari jam 3 petang hingga 7 malam pula dihiasi dengan 'GEGAR Petang Bersama Ewan Dan Rea' manakala para peminat akan ditemani oleh Aswad Jalil dari jam 8 hingga 12 tengah malam.

Sebagai tambahan, peminat GEGAR di Pantai Timur turut berpeluang berhibur bersama personaliti-personaliti GEGAR di hujung minggu, pada setiap Jumaat dan Sabtu, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam dengan segmen-segmen menarik termasuk Seleksi GEGAR, pilihan lagu terbaik, Senja Pantai Timur, pilihan lagu nasyid terbaik, 90-an GEGAR, pilihan lagu di tahun 90an, Retro GEGAR, pilihan lagu-lagu terbaik dan malar segar, serta banyak lagi.

Sekadar info, pembaharuan itu dapat dinikmati sekarang, setiap hari Ahad hingga Khamis serta boleh didengari menerusi laman web SYOK.
#Radio #GEGAR #Fizie Roslan