GEGAR VAGANZA 11
Gegar Vaganza 11: Berat Badan Dadali Dyrga Naik 15 Kg Sejak Duduk Malaysia - “Nasi Kerabu Saya Makan Daripada Warna Biru Jadi…”
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Dadali Dyrga akui beratnya telah bertambah sebanyak 15kg sejak menetap di Malaysia.
Katanya, sebelum tiba di Malaysia bagi mengikuti program GV, beratnya kekal pada 80 kilogram.
“Berat saya bertambah lebih kurang 10 kg, sampai semua team wardrobe pening apabila busana yang telah disiapkan tidak muat untuk saya.
“Sebelum saya masuk GV berat saya maintain 80 kg, tapi baru-baru ini saya timbang berat saya dah mencecah 95 kg,” katanya.
Dyrga juga berkongsi dimana dia tidak boleh melihat nasi kandar.
Kerana baginya makanan itu sangat enak sehingga dia tidak boleh mengawal nafsu makannya jika dibawa pergi ke kedai nasi kandar.
“Isteri saya melihat saya pun dia dah suruh saya bersenam dan saya juga diminta untuk dimakan makanan sihat. Tapi bila saya melihat nasi kandar saya tak boleh tahan nafsu saya.
“Memang enak sekali, rempah-rempahnya itu sangat sedap sehingga buat saya bernafsu. Nasi kerabu pun saya makan daripada biru nasi itu sampai jadi warna merah sebab campur dengan budu. Naan Cheese pun saya makan juga,” tambahnya.
Pelantun lagu Disaat Aku Mencintaimu itu turut berkata dia sering mendapat cadangan daripada pengikutnya untuk mencuba makanan baharu jika bersiaran di laman TikTok.
“Saya selalu live di Tiktok, jadi ramai yang mencadangkan kepada saya untuk makan itu ini,” katanya.
Must-Watch Video