UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
GEGAR VAGANZA 11

Gegar Vaganza 11: Hampir ‘Give Up’ Dengan Dunia Nyanyian, GV Beri Lembaran Baru Untuk Zehra Zambri - “Saya Pernah Ada…”

Asyraf Roslan 28/01/2025 | 05:25 MYT

Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Zehra Zambri akui pentas GV memberikan harapan baru untuknya meneruskan perjuangan dalam dunia seni suara.

Kata Zehra, dia pernah berputus asa dengan dunia nyanyian namun tawaran untuk menyertai GV pada tahun lepas seolah-olah membuka lembaran baru untuk dirinya terus berjuang di dunia nyanyian.
“Saya pernah ada satu fasa yang saya give up dengan dunia seni, saya rasa macam saya dah tak ada tempat dalam dunia seni, dengan dah tak cantik, membesar dekat tempat kerja lama pun orang dah tak nak dekat saya seolah-olah saya sudah tiada tempat dalam industri.
“Pada tahun lepas, bila Astro tawarkan saya masuk GV saya rasa macam satu rezeki yang tidak disangka-sangka. Jadi bila menerima komen positif daripada juri saya rasa macam tak percaya sebab saya dah banyak lalui fasa-fasa kejatuhan.
“Masih ada tempat untuk saya dalam dunia seni ini, saya rasa dengan GV ini adalah satu mukadimah buat saya teruskan perjuangan saya dalam dunia seni ini,” katanya.

Pada masa sama, Zehra juga berkongsi pada awalnya, kedua ibu bapanya tidak menyokong untuk dia kembali ke dunia seni.
Namun kerana sudah tidak tahan dengan persekitaran pekerjaan di dunia penyiaran, Zehra tekad untuk kembali ke dunia nyanyian.
“Kita dalam hidup ini kadang-kadang terlalu percaya pada orang dan terlalu baik sehingga ada yang ambil kesempatan. Saya banyak kali alami kegagalan dalam hidup. Kawan fake ambil kesempatan. Bila kita di bawah semua lari, bila kita di atas semua nak sanjung dan datang kepada kita.
“Tak malu untuk saya katakan selepas saya bercerai, saya cuba mengambil masa untuk mencari kehidupan saya semula. Sebelum ini saya sibuk bekerja untuk saya lupakan kesedihan itu tapi pada ketika saya diangkat saya juga pernah dihempas sehingga membuatkan saya tertekan. tiba-tiba bakat saya mereka tak nampak.

“Tetapi tetap teruskan sebab niat nak cari rezeki untuk anak saya. Saya ditempatkan di unit yang bukan menunjukkan diri saya. Saya pergi kerja tiada siapa nak kawan. Saya pun tak nak jumpa orang. Saya bawa bekal sendiri. Saya menangis dulu sebelum pergi kerja. Sampai satu tahap, Allah bagi balik saya bekerja sebagai penyanyi.
“Pada awalnya ibu bapa saya menghalang saya untuk kembali ke bidang seni kerana saya sudah mempunyai kerja yang tetap mendapat gaji bulanan namun saya katakan kepada mereka yang saya sudah tidak tahan lagi jadi mereka berikan restu untuk saya masuk GV,” ujarnya.

#Gegar Vaganza #Zehra Zambri #GV11