UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
GEGAR VAGANZA 11

Gegar Vaganza 11: ‘Listen’ Lagu Juara? Sheila Abdull Hanya Berharap Pada Rezeki - “Tuahnya Berbalik Kepada…”

Asyraf Roslan 06/02/2025 | 01:05 MYT

Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Shiela Abdull tidak menolak bahawa lagu Listen dendangan Beyonce mempunyai tuahnya yang tersendiri.

Namun jelas Sheila, tuah atau tidak semua tetap berbalik kepada persembahannya di pentas akhir nanti.
“InshaAllah, kalau kita lihat lagu itu memang lagu pertandingan jadi tuahnya itu berbalik kepada bagaimana penyampaian saya pada malam itu, dan ia juga bergantung kepada rezeki. Kalau rezeki saya malam itu alhamdulillah.
“Kalau tiada lagu itu merupakan lagu yang saya memang looking foward untuk perform sebab lagu itu grand dan mencabar, jadi saya hanya harap saya boleh buat dengan baik pada malam final nanti,” katanya.
Pada masa sama,Sheila juga menyatakan dia harus bijak merancang persembahannya di minggu terakhir agar tidak mengulang kesalahan yang sudah ditegur oleh juri tetap, Datuk Ramli M.S
“Banyak sebenarnya list lagu yang saya letak, dari yang mudah sehingga yang paling susah jadi bila sudah dibincangkan bersama produksi dan team saya kami, akhir kata kami memilih lagu listen.
“Untuk buat persembahan sudah pasti akan ada tekanan sebab lagu itu adalah lagu bertanding lagu konsert kita akan lihat bagaimana dan saya harus bijak merancang persembahan saya pada malam akhir itu supaya apa yang Tok Ram katakan itu tidak berulang,” ujar Sheila.

Selain Listen, Shiela juga akan menyampaikan lagu duet bersama Taufik Batisha dengan lagu Aku Bersahaja dan Angkat bersama peserta wanita Gegar Vaganza.

Terdahulu, Sheila berjaya bangkit dan menduduki tangga ketiga pada minggu separuh akhir selepas dua minggu berada dikedudukan dua terbawah.
Sekadar info, penyanyi yang pernah menjuarai pertandingan dengan membawakan lagu Listen antaranya Alexandra Burke (X Factor UK), Melanie Amaro (X Factor), dan Aina Abdul (Masked Singer Malaysia).

#Gegar Vaganza #Sheila Abdull #GV11