UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
GEGAR VAGANZA 11

Gegar Vaganza 11: Mimi Fly Teruja Nak Tonton Persembahan 'Angkat' Finalis GV Secara Live - “Tembakannya Harus Tepat…”

Asyraf Roslan 09/02/2025 | 07:55 MYT

Penyanyi, Mimi Fly meluahkan rasa gembira apabila mengetahui bintang Gegar Vaganza 11 (GV11) akan mendedangkan lagunya iaitu Angkat semasa pusingan battle.

Kata Mimi dia akan hadir ke konsert akhir bagi menyaksikan penyanyi-penyanyi hebat itu menyampaikan lagu hitnya itu secara langsung.
“Seronok bila dengan finalis Gegar Vaganza akan bawakan lagu saya, lebih-lebih lagi apabila saya sangat menghormati mereka dan mereka kena bawakan sesuatu yang sangat lain, jadi saya datang untuk memberi sokongan kepada mereka semua.
“Saya sangat teruja kerana pentas akhir GV sampaikan lagu saya iaitu Angkat,”kata Mimifly ketika ditemui Gempak.
Pada masa sama, sebagai penyanyi asal, Mimi hanya harapkan kesemua bintang GV hanya menjadi diri sendiri ketika menyampaikan lagunya itu.
“Seperti yang bunda Hetty kata, tembakannya harus tepat dan jadi diri anda sendiri, baru bunyi rap itu akan lebih dipercayai dan saya pasti mereka sudah lakukan persiapan yang sangat baik jadi saya tidak rasa mereka perlukan sebarang tip daripada saya,” tambahnya.
Angkat akan dipersembahkan oleh Liza Aziz, Ning Baizura, Zehra Zambri, dan Sheila Abdull dalam segmen battle.
Manakala untuk The Lima dan Dadali Dyrga pula mereka akan menyampaikan lagu Ala Canggung II.
Bukan sahaja battle, kesemua bintang GV juga dicabar dengan tugasan solo dan duet bersama barisan penyanyi jemputan antaranya Pasha Ungu, Dolla, Taufik Batisha, Datuk Jamal Abdillah, Jaclyn Victor dan Krisdayanti.
Pentas akhir Gegar Vaganza akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Kesemua finalis juga akan diadili oleh Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli M.S
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang eksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*.

Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.

#Mimi Fly #Angkat #GV11 #Gegar Vaganza 11