Skip to main content

Rancangan Realiti

Gegar Vaganza 11:Tidak Bergaduh! Sheila Abdull Tampil Perbetul Salah Faham Antara Arrora Salwa - “Saya Sentiasa Mendoakan”

astrogempak_shiela_1.png
Bintang Gegar Vaganza 11 (GV11), Sheila Abdull menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah bersama dengan Arrora Salwa.

Jelas Shiela, apa yang berlaku hanyalah salah faham dalam kalangan peminat selepas menonton sebuah potongan video sebuah podcast yang telah dikongsikan di sosial media.

“Saya dan Arorra tiada isu dan apa-apa masalah, dekat dalam ini pun aman damai sahaja. Kita masing-masing mendoakan sesama sendiri  supaya berjaya dekat dalam ni.

“Kami dari bot yang sama dan mempunyai minat yang serupa, saya sentiasa mendoakan salwa dan harap dia pun begitu.

“Peminat Salwa jangan risau saya tidak bermusuhan dengannya,” kata Sheila kepada Gempak.

SAKSIKAN VIDEO PENUH YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH GEMPAK

Advertisement

Must-Watch Video