Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Gegar Vaganza 2 (GV2): Suara Tak Keluar, Bagaimana Nasib Farahdhiya Esok?

Ahmad Shah 28/11/2015 | 02:24 MYT

Penyanyi Farahdhiya meminta peminat Gegar Vaganza 2 (GV2) mendoakan kesihatannya supaya boleh membuat persembahan pada konsert ketujuh minggu ini.

Farahdhiya pada Khamis lalu memuat naik sekeping foto ubat-ubatan di akaun Instagram (IG)nya dan memberitahu telah jatuh sakit.
Kapsyen yang ditulis Farahdhiya ialah, “Salam semua.Sorry dah 3 hari senyap,inilah sebabnya.Nasib saya tak baik,saya jatuh sakit,inilah dugaan utk saya.2 kali dah jumpa doctor.Vocal cords saya kene jangkitan kuman & I have vocal nodules too from over using my voice & tak cukup rehat sampai suara tak keluar.Im now on medication & resting.Please pray for me ya supaya saya sihat dan boleh perform utk Gegar Vaganza Ahad ni.Tq so much.Much love - Fd
Pada konsert minggu ketujuh Ahad bertemakan Rockdut (Rock + Dangdut) ini, Farahdhiya diberi tugasan untuk menyayikan lagu Enter Sandmand yang dinyanyikan kumpulan rock antarabangsa, Metallica.
Mampukah Farahdhiya mengekalkan persembahan yang konsisten pada minggu ini dan bersaing dengan enam peserta lain?
Adakah faktor kesihatan bakal menggugat persembahan Farahdhiya pada malam Ahad ini (esok)?
Sama-sama kita saksikan konsert minggu ketujuh GV2 di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123) bermula jam 9 malam yang dibawakan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Untuk mendapatkan ‘mood’ konsert GV2 esok, Astro Gempak kongsikan kepada anda video persembahan Farahdhiya yang mendapat ‘view’ paling tinggi di laman web kami www.astrogempak.com.my/gegarvaganza
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin

#Gegar Vaganza 2 #Farahdhiya
;