Hiburan

Gejala Buli Merisaukan, Tomok Pesan Pada Anak-Anak - “Kalau Ada Masalah Terus Beritahu Cikgu”

gempak
Mya Amri
14/11/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Gejala Buli Merisaukan, Tomok Pesan Pada Anak-Anak - “Kalau Ada Masalah Terus Beritahu Cikgu”
Penyanyi, Tomok mengakui sebagai seorang bapa, dia turut risau dengan gejala buli yang semakin kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.

Beri pesanan pada anak-anak

Bagaimanapun kata Tomok, dia ada berpesan kepada anak-anaknya sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, harus segera memaklumkan kepada guru di sekolah.

“Sebagai seorang ayah, memang gejala buli ini sangat merisaukan, anak-anak pula di sekolah. Tetapi saya sudah pesan dengan mereka kalau ada masalah terus beritahu cikgu.

“Jangan buat keputusan sendiri, kalau ada apa-apa masalah terus berjumpa dengan cikgu. Biar cikgu yang selesaikan,” katanya kepada Gempak.

Tomok berkata demikian ketika ditemui di sidang media konsert Tomok dan Siti Nordiana Memori Mungkin Berulang bertempat di The Majapahit, Kuala Lumpur pada Rabu.

Jangan selesaikan cara sendiri, maklum pada guru

Dalam masa yang sama, Tomok juga menyatakan rasa syukur kerana setakat ini anak-anaknya iaitu Arrian Shah Akid dan Andrashah Iman tidak melalui perkara itu.
“Alhamdulillah, setakat ini untuk anak-anak saya tiada perkara yang bukan-bukan berlaku. Tipulah kalau kata tak risau sebab kes banyak.

“Budak-budak sekarang kena buli dan sebagainya jadi saya sarankan kalaulah ada masalah, terus cepat-cepat berjumpa cikgu atau pengetua sekolah.

“Selesaikan perkara itu dengan baik dan jangan melaratkan benda ini sebab kita pun sayang anak-anak kita.

“Kita pun tak nak benda yang bukan bukan dilakukan pada anak-anak kita. Buli ini tak bagus sebenarnya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Keganasan Bukan Penyelesaian!”- Ini Dia Pesanan Para Pelakon Kahar: Kapla High Council Mengenai Gejala Buli

ARTIKEL BERKAITAN:“Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM

ARTIKEL BERKAITAN:“Dah Minta Maaf & Berpelukan…” - Kes Buli Anak Norreen Iman Di Sekolah Selesai Dengan Baik

ARTIKEL BERKAITAN:Jadi Mangsa Buli, Idan Aedan Pernah Ditendang Empat Pelajar Di Sekolah - “Mungkin Mereka Cemburu“

ARTIKEL BERKAITAN:Anak Kena Buli Di Sekolah, Tam Spider Enggan Dilabel ‘Lebih Sudu Daripada Kuah’ - “Kalau Kes Gaduh, Saya Boleh Cakap Pada…”

Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Kahar: Kapla High Coucil dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council dan masih mengekalkan pelakon utamanya iaitu Amir Ahnaf sebagai Kahar, serta menampilkan Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Thompson Goh, Khenobu dan ramai lagi.
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Selain itu, pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.
Saksikan filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama HM Entertainment, ZAK Capital dan GSC ini yang akan berada di pawagam bermula 28 November ini.
Jadi #StopViolence! Keganasan bukan jalan penyelesaian.
Jika anda atau orang yang dikenali menjadi mangsa keganasan atau buli, sila hubungi MIASA 24/7 Crisis Helpline di 1-800-180-066 atau MIASA 24/7 Crisis WhatsApp di 03-9765 6088.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024