Pelakon berbakat Amyza Aznan memang dikenali dengan keletahnya yang sentiasa mencuit hati.

Terbaru, aktres itu memuat naik sepotong video suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir yang telah disunting di laman Instagram miliknya.

Menariknya, Amyza menyunting video gelagat suaminya yang sedang demam dengan muzik video lagu Rindu nyanyian Ratu Dangdut, Amelina.

"Agaknya bila buat macam ni Kak Kaaia have have masuk syurga tak? Suami uols kalau demam.... macam ni tak??

"TERCHENTA DUET DENGAN RATU DANGDUT MALAYSIA @amelinaamirsharipuddin. B.... ampunkan love...nasiblah dapat bini macam ni," tulis Amyza di ruangan kapsyen.

Agaknya bila buat macam ni kak kaaia have have masuk syurga tak?? ??? suami uols kalau demam....macam nibtak?? TERCHENTA DUET DGN RATU DANGDUT MALAYSIA @amelinaamirsharipuddin B.... ampunkan love...nasib la dapat bini macam ni ???

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on


Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan respon yang melucukan apabila melihat video terbabit serta terhibur melihat keletah Amyza mengusik dan bergurau 'nakal' bersama suaminya.

Entri terbabit mendapat respon dari Amelina yang terhibur melihat video terbabit.

"Hahahahaha! Macam ke hanat kau sis buatkan Busu wei! Memang nampak naw-naw Busu mimpi karoks lagu ni wei!" tulis Amelina.

Amyza mendirikan rumah tangga dengan Khairil pada 2004 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

Amelina pula kini membintangi drama bersiri Patah Sayap Bertongkat Paruh yang bersiaran di slot Megadrama.

Saksikan lakonan Amelina bersana Datuk Aaron Aziz, Fasha Sandha, Elly Mazlein dan ramai lagi setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).