gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Netizen Persoal Tindakan Saidah Kamarudin Dedah Punca Putus Tunang - “Awak Layak Memilih Tapi Janganlah Buka Aib Si Lelaki”
HIBURAN
Nora Ariffin Kekal Keputusan Untuk Bercerai, Lantik Kakak Angkat Sebagai JKP - “Setakat Ini Tak…”
HIBURAN
Bella Dowanna ‘Sound’ Saidah Kamarudin? Tampil Bersuara Isu RM500 Dalam Akaun Bank Muntazar Ghufran - “Dia Jadi PA, Balaci, Kuli Awak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Gelagat Sempoi Ramli MS Masuk Live Alyah Tolong Promosi Tudung Curi Perhatian - “Ni Projek Bapak Bapak Season Berapa Ni”

gempak
Khairil Khusyairi
02/06/2025
09:50 MYT
Sponsor Banner
Gelagat Sempoi Ramli MS Masuk Live Alyah Tolong Promosi Tudung Curi Perhatian - “Ni Projek Bapak Bapak Season Berapa Ni”
Perkongsian penyanyi, Datin Alyah mencuri tumpuan warga maya baru-baru ini.
Menerusi muat naik di Instagram (IG), Alyah berkongsi sebuah rakaman video yang memaparkan dia sedang membuat sesi siaran langsung (live) di platform TikTok.
Dalam video tersebut, pelantun lagi Tak Mungkin Kerana Sayang itu sibuk berniaga produk tudung jenamanya.
Namun, apa yang lebih menjadi tumpuan adalah kemunculan suaminya iaitu maestro tersohor, Datuk Ramli Ms dalam sesi live tersebut.
Dengan sungguh bersahaja, Ramli atau leboh mesra disapa dengan panggilan Tok Ram itu muncul membuat promosi menjual tudung-tudung yang dijual isterinya itu.
Bersemangat membantu Alyah, Ramli turut membuat demo dengan mengenakan tudung di bahagian leher. Malah turut memberi cadangan warna tudung kepada Alyah untuk membuat jualan.
“Bila buat live sekali dia (Tok Ram) nak join daa. Berterabur tudung-tudung wak,” tulis Alyah di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian comel tersebut.
Rata-rata terhibur dan senang melihat gelagat Ramli yang gigih membantu isterinya itu.
Malah ada juga pengikut memaklumkan jumlah tontonan live tersebut melonjak dari 100 lebih ke 10,000 tontonan apabila Ramli muncul.
“Masa datin buat live sampai pukul 12 tu view 100 lebih je. Bila buka tengok Tok Ram yang jadi tukang promote. Tudia view terus jadi 10.5k. Datin bawa pelaris ni,” komen netizen.
“10k views semalam,” maklum netizen.
“Berdekah malam tadi tengok live dengan tok ram ni,” komen netizen lagi.
“Ni projek bapak-bapak season berapa ni?,” seloroh netizen.
“Wah hebat la suami support,” tulis netizen.
“Tok Ram komen setiap tudung macam juri dalam GV,” tulis netizen lain.
Topic Berkaitan
#Alyah
#Tudung
#Ramli MS
#Berniaga
#Jual
#Gelagat
#Sempoi
Must-Watch Video