Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Gelap Pun Mamu Sayang” - Netizen ‘Usik’ Sharnaaz Yang Bimbangkan Azira Shafinaz Berjemur Tengah Panas

Izwan Isa
16/01/2022 23:50 MYT
Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad kini bergelar duda. Sejak berpisah dengan bekas isteri, usahawan Noor Nabila Mohd Noor dua tahun lalu, kehidupan dramatis itu kelihatan normal, sama seperti anak seni lain.

Sungguhpun sibuk dengan karier sebagai pelakon dan juga Youtuber, Sharnaaz masih kerap dilihat menghabiskan masa dengan anaknya, Jebat Jayden yang kini sudah pun berusia empat tahun.

Walaupun rutin hariannya berjalan seperti biasa, namun, Sharnaaz tetap tidak terlepas dengan gosip cinta. Sejak awal tahun lalu, Sharnaaz dikatakan sedang menjalani hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Namun, baik Azira mahupun Sharnaaz, masing-masing tidak mengaku tentang gosip yang bertebaran itu.

Menerusi beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Sharnaaz berkata, dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa. Cuma, dia masih dalam proses mengenali kerana mahu mencari yang terbaik.

Kata Sharnaaz lagi, yang terbaik itu bukanlah untuk dirinya, tetapi untuk Jebat dan masa depan anaknya.

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)


Bagaimanapun, usikan nakal netizen tidak pernah berhenti. Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Azira memuat naik gambarnya yang sedang berada di tepi pantai. Pada ruangan kapsyen Azira berkata: “Bawak diri jap” tulisnya ringkas.

Menariknya, pada ruangan komen, Sharnaaz meninggalkan resposn: “Panas tu cik kak, gelap satgi,” ungkapnya.

Pada ruangan balasan, netizen turut sama mengusik Sharnaaz dengan respons-respons yang agak melucukan.

“Tak fahamlah mamu, try masuk meminang,” tulis seorang netizen.

“Sekali yang ambik gambar tu mamu jugak,” komen pengikut menerusi gambar berkenaan.

“Gelap pun mamu sayang,” seloroh seorang wargamaya pula.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 namun bahtera yang dibina tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 9 Julai tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.
#Sharnaaz Ahmad #Cinta #Gosip #Azira Shafinaz #Panas #Gelap
;