Laman Utama
Gelaran Datuk Seri Suami Heliza Helmi Dituduh Palsu, Didakwa Tiada Dalam Sistem Istiadat?
Tiba-tiba kecoh hari ini apabila nama suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menjadi sebutan.
Ia menjadi tular selepas ada satu individu yang mendakwa gelaran Datuk Seri suami Heliza adalah palsu.
Individu terbabit dikenali sebagai Aliff Ahmad di Facebook mendedahkan hal tersebut selepas didakwa didesak orang ramai.
“Ramai gila orang tag-tag aku, komen-komen, mesej-mesej tanya pasal husband Heliza Helmi ni.
“Aku taktau sangat dia meniaga apa. Tapi kalau tengok poster yang dia forward ni, dia meniaga produk financial la.
“Pasal legit ke tak, kena SCRUT lebih sikit, tanya SC dan lain-lain. Siapa yang tau boleh komen lah.
“Pasal pelaburan sophisticated investor, SC allow minimum RM250,000. Taktaulah lesen apa RM100,000 ni,” tulisnya dalam status FB.
Setelah diselidik Aliff mendakwa gelaran Datuk Seri yang dimiliki Mahadi tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
“Cuma, aku ni kan skeptikal sikit dengan title Dato Seri atau Dato ni. Hal ini buat aku red flag orang. Kenapa nak pakai title Dato kan?
“So, aku pun tolonglah check dekat Istiadat. Khabarnya si Mahadi ni pakai title Tok Sri kan? Scroll, search tak jumpa apa pun.
“Aku check dekat Istiadat tak jumpa, ada siapa jumpa? Kalau jumpa tolong update aku. Yang aku jumpa Dato Haniff Borhan je,” dakwanya.
Pun begitu, setakat ini, belum ada sebarang maklum balas dari pihak Mahadi mahupun Heliza berikutan dakwaan berani tersebut.
Malah Gempak sudah pun cuba menghubungi Heliza namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.
Must-Watch Video