Skip to main content

Trend Pasaran

'Gelepar Dodey-Dodey' - Bini Korea Belajar 'Kecek Kelate'

khalid-kb-header.jpg
Masih ingat kisah tular jejaka Kelantan yang berkahwin dengan gadis Korea Selatan sekitar April lalu?

Ya, Muhammad Khalid Ismail, 29, dan Lee-Seul, 28, kini sedang menikmati alam rumah tangga selepas bernikah di negara republik itu.

Baru-baru ini, Khalid akhirnya membawa pulang suri hatinya menjenguk kampung halaman di Padang Bongor, Kota Bharu, Kelantan.

Berikut merupakan pengalaman yang dikongsikan oleh Lee-Seul.

"Saya akui sukar untuk sesuaikan diri dengan persekitaran kampung kerana tidak tahan dengan nyamuk.

"Tetapi bukan masalah besar kerana keluarga mentua baik dan banyak membantu," katanya kepada Harian Metro.

Lee bertugas sebagai seorang guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di bandar Gunpo, Gyeonggi, Korea Selatan.


Walau baru empat bulan mendirikan rumah tangga, Lee sudah belajar banyak perkara dan dialek Kelantan daripada suaminya.

"Saya tahu perkataan makan, minum, selamat pagi, sedap, bagus, terima kasih dan sama-sama. 

"Apabila pulang ke Kelantan, saya tambah satu perkataan baru iaitu 'gelepar dodey-dodey', bermaksud teruja," katanya yang suka makan roti canai, nasi kerabu dan sambal.

Khalid masih dalam proses membimbing isterinya mendekatkan diri dengan Islam dan membiasakan diri untuk bertudung.

Lelaki itu sudah menetap di Korea Selatan selama 10 tahun dan sedang membangunkan syarikat sendiri di sana.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Harian Metro
Kredit foto: FB Khalid Ismail, Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement