Pasti ramai dalam kalangan kita beranggapan tandas adalah tempat atau benda paling kotor ketika di rumah.

Namun tahukah anda, berdasarkan kajian terbaru jam tangan sebenarnya lapan kali lebih kotor berbanding tandas!

Menerusi kajian didedakan pengarah urusan Tic Watches Daniel Richmond, satu daripada empat individu di Britain tidak pernah mencuci jam tangan mereka.

Menurutnya, jenis jam paling kotor pula sudah tentunya jam pintar yang digunakan untuk tujuan kecergasan.

"Satu perkara yang jarang dilakukan, orang ramai tidak akan mencuci jam seperti mana kita mencuci tangan.

"Tidak semua kalis air, jadi elakkan daripada terkena air bagi mengelakkan percambahan bakteria," katanya.

Jadi apa tunggu lagi, periksa jam tangan sekarang sebelum ia bertambah kotor.

Sumber: The Sun