BERITA

Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri

Amri Hassan 31/03/2018 | 18:20 MYT
Konsert pertama Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.
Bertemakan Gema Irama Terkenang, 11 bintang GGV menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.
Adeep Nahar yang menyampaikan lagu Izinkanlah dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kasih kategori vokal mantap lagi bergema atas persembahan yang memukau.
Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.
Untuk minggu pertama, hadiah tersebut akan diberikan kepada Rumah Orang Tua Ampang.
Semua peserta GGV memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk Ramli MS sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
Adeep Nahar - Izinkanlah (74%)
"Vokal yang cantik agak senang mendengar, lirik saya suka. Korus sepatutnya lebih lembut supaya lebih dirasa. Jiwa menyanyi sedap" - Datuk Ramli MS
Awi Rafael - Manusia Sempurna (68.3%)
"Suka karakter vokal kerana unik dan berbeza, saya suka bahagian akustik gitar. Lirik juga bagus sekali dan lagu ini dinyanyikan dengan penuh emosi. Akan ada skor tinggi untuk lagu ini" - Oki Setiana Dewi
Heliza & Hazwani - Jom Selawat (67.6%)
"Persembahan opening bagus kerana memberi penekanan pada siapa baginda (Rasulullah S.A.W), namun ada bahagian yang tidak perlu dipanjangkan dan ada beberapa perkataan seperti 'termakan' . Kesedihan sepatutnya campak ke belakang. Small is big, less is more" - Farihin Abdul Fattah
Fitri Haris - Ainul Mardhiah (64%)
"Lagu ini sangat sinonim dengan UNIC dan orang akan bandingkan penyanyi lagu ini. Suara anda sangat merdu terutama mengalunkan ayat Al-Quran. Persembahan pentas anda pun menarik" - Oki Setiana Dewi
Mestica - Sallahudin Al-Ayubi (62.67%)
"Saya harus akui semangat lagu ini berlandaskan susunan lagu dan vokal. Apabila melagukan lagu-lagu bersifat kepahlawanan kita mahu merasa semangat, kekuatan dan vokal yang bukan hanya pada suara" - Farihin Abdul Fattah
Brothers - Teman Sejati (61%)
"Lagu ini sangat popular walau di Indonesia. Hari ini ia dinyanyikan lebih sedih namun saya masih belum menangis. Saya mahu Brothers buat air mata saya menitis" - Oki Setiana Dewi
Farah Asyikin - Kembali Lagi Disisimu (58.6%)
"Pasti ada maksud lagu ni, saya rasa ia satu ratapan. Fitrah! Ia tentang meratap diri sendiri. Kadang-kadang lagu yang kita maksud ratapi, perlu didiskaunkan sedikit key supaya kita lebih merasai syahdu dan bukan berteriakan. Bimbang mesej tak sampai dalam jiwa sanubari. Cara nyanyian boleh lebih mellow" - Farihin Abdul Fattah
Ippo Hafiz - Kekal Bahagia (56.6%)
"Tak boleh menyanyi lagu ini sama pada semua tempat. Lagu ini boleh digubah semula muziknya sebab muzik boleh berubah. Lagu sama suasana berbeza" - Datuk Ramli MS
In Team - Kasih Kekasih 56.6%)
"Saya tertarik dengan introduction dan membawa penonton mengembara ke Taj Mahal dan alam percintaan. Vokal masih padu macam kita kenal In Team, cuma seelok-eloknya kurangkan dentuman drum untuk memberi mood 'floating'" - Farihin Abdul Fattah
Rabithah - Jalan Keluar (53%)
"Solo kedengaran kemas dan lancar cuma backing vocal ibarat nak berlumba dengar suara dan lagi kuat daripada melodi. Anda harus tahu cara analog bekerja dan backing vocal ke depan. Cuba menyanyi dalam nada rendah" - Datuk Ramli MS
Devotees - Kekasih (50%)
"Lagu medium lengampaian pesan, mesej lagu ini sgt menyedihkan. Seharusnya semua yg ingin disampaikan pemilihan kostum menduung kesedihan. Suasana ceria berbalok isi lagu. Berhyi2 pilih kostum" - Oki Setiana Dewi
GGV bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Konsert minggu kedua GGV bakal membawa tema Juk Juk Mendengarnya dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.
Teks oleh: Amri Hassan
#Recap #Gema Gegar Vaganza 2 #GGV2