Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Keempat

Amri Hassan
21/04/2018 17:49 MYT
Konsert keempat Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.

Bertemakan Gema Yang Dirindukan, 9 bintang GGV2 menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.

Farah Asyikin yang menyampaikan lagu Insha-Allah menjadi bintang ketiga yang tersingkir manakala Fitri Haris yang menyampaikan lagu Di Pondok Kecil dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kasih kategori rindu yang terubat atas persembahan yang memukau.

Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Manakala, Fitri Haris sekali lagi diumumkan sebagai juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian peminat.

Semua peserta GGV2 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah dan dua juri jemputan Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Fitri Haris - Di Pondok Kecil (85.3%)
"Lagu ini sangat simbolik, saya suka sangat lagu ini. Anda menyampaikannya sangat baik," - Datuk Khadijah Ibrahim



Adeep Nahar - Sesungguhnya (84.6%)
"Kamu membawakan macam ini seperti lagu sendiri dan penghayatan teraserlah. Saya tersentuh hati mendengar. Persembahan yang sangat mantap!" - Datuk Dr. Fadzilah Kamsah



Mestica - Sumayyah (80%)
"Hijjaz pastinga berbangga dengan persembahan ini. Bila sampaikan dari kalbu akan menyentuh kalbu," - Datuk Dr. Fadzilah Kamsah



Awi Rafael - Doa (79.3%)
"You're such a performer. Anda telah memberikan rendisi baru yang orang nak lihat. Maksud paling mustahak, you did a good job," - Datuk Khadijah Ibrahim



Heliza & Hazwani - Puji-Pujian (76%)
"Mood yang sangat positif, persembahan yang sangat cantik. Tahniah," - Datuk Dr. Fadzilah Kamsah



Devotees - Rasulullah (75.6%)
"Suara sedapnya... So perfect! Harmoni pun bagus. Well done," - Datuk Khadijah Ibrahim



In Team - Damba Cintamu (74.3%)
"In team menjadikan lagu ini milik mereka. Bermacam-macam elemen dimasukkan. Cuma hati-hati pada bahagian tengah, overall mesej sampai, keinsafan sampai," - Farihin Abdul Fattah




Brothers - 25 Rasul (73.3%)
"Persembahan epik, banyak elemen. Payah nak kumpul satu bahan sejarah untuk 3 minit. Saya terkedu," - Farihin Abdul Fattah



Farah Asyikin - Insha-Allah (61.3%)
"Ada beberapa perkataan tak jelas, feel it word per word. Jangan sampai tenggelamkan mesej asal dengan stailing baharu lagu itu," - Farihin Abdul Fattah




GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu kelima GGV2 bakal membawa tema Bergabung Bergema dan 8 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV2, klik ---> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Amri Hassan
#Farah Asyikin #Recap #GGV2 #Kedudukan
;