Viral
Gemar Kongsi Konten Menghiburkan, Rupa-Rupanya TikToker Hadrey Ali Disahkan Pesakit Mental - “Tak Mampu Tanggung Dah…”
Pempengaruh yang gemar berkongsi konten menghiburkan di TikTok iaitu Diva H.A atau Hadrey Ali rupa-rupanya mengalami masalah mental.
Pesakit mental
Menerusi perkongsiannya, Hadrey berkata dia didiagnosis oleh doktor menghidap MDD (major depressive disorder-depression), anxiety dan PDD.
ARTIKEL BERKAITAN: Shasha Abedul Syukur Projek; Exit Beri Inspirasi Buat Individu Yang Bergelut Dengan Penyakit Mental - “Mereka Nampak Harapan Selepas Tonton…”
“Diagnosis oleh doktor menghidap MDD (major depressive disorder- depression) + anxiety + PDD. Mesti korang tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya..
“Hadrey yang selalu buat korang gelak, pemalu, sebenarnya ‘pesakit mental’ yang disahkan. Betul orang cakap, yang selalu gelak, yang selalu buat kelakar, dia la paling banyak simpan masalah.
“Tak mampu tanggung dah, akhirnya serah kepada doktor,” kongsinya menerusi laman sosial miliknya.
Kesan sampingan
Syukur dapat berkongsi perkara itu, Hadrey turut mendedahkan dia perlu makan ubat dos lebih tinggi yang memberi kesan sampingan kepada dirinya.
“Alhamdulillah puas dan lega dapat luahkan. Permulaan ambil sertraline 25mg tak berapa nak jalan, doktpr naikkan dos kepada 50mg. Ada perubahan, tapi tak pantas. Penat otak dengan side effect, apa kesannya?
“Untuk dua minggu awal, rasa macam tidur atas awan, rasa macam orang bodoh tak ada perasaan, susah tidur. Selepas itu, dia mula serasi… Alhamdulillah, rasa macam dilahirkan balik.
“Tapi kena istiqamah, tak boleh selesa sangat dengan keadaan sekarang. Kena cari ketenangan dan tak boleh skip ubat, nanti dia datang balik,” ujarnya lagi.
Proses pemulihan
Kini dalam proses pemulihan, Hadrey berharap dia tidak perlu bergantung kepada ubat dan hanya perlu beri semangat kepada dirinya dan pulih dengan cepat.
“Selepas beberapa kali kaunseling, psik, fisio, TA (pemulihan cara kerja), ada perubahan. Mudah memulakan berbual, kurang panic attack, bijak kawal anxiety, emosi dan stres.
“Insya-Allah lepas ni Hadrey dah tak jadi pemalu kot. Proses pemulihan masih berjalan, mungkin ambil masa yang lama untuk stabil… Insya-Allah kita cuba tidak bergantung ubat sangat, akan ikhtiar ubati sendiri.
“Tapi mana tahu kan kuasa Allah dan semangat diri, boleh pulih segera. Doakan Hadrey ya,” katanya.