Hiburan
Gembira Dengan Penampilan Baru, Ayda Jebat Sanggup Potong Rambut Demi...
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat gembira dengan penampilan barunya.
Tampil dengan potongan rambut 'pixie cut', Ayda sanggup mengorbankan rambutnya demi tuntutan watak.
"Ini pengalaman pertama saya memotong rambut sependek ini. Semuanya demi watak Johana dalam drama bersiri Bukan Gadis Biasa yang baru sahaja menjalani penggambaran.
"Sebelum ini, saya pernah menggayakan rambut palsu. Tetapi kali ini saya mahu cabar diri saya sebagai seorang pelakon dan mahu menampilkan kelainan.
"Selesai potong rambut, saya tak rasa ia teruk sangat. Saya teruja dan gembira dengan penampilan baru ini," katanya.
Tambah Ayda, dia juga tidak berfikir panjang kerana mahukan sesuatu yang berbeza demi kepuasan dalam lakonan.
"Bila dapat tawaran untuk menjayakan watak Johana dan saya dimaklumkan yang saya harus memotong rambut, saya tak fikir panjang dan terus bersetuju.
"Saya mahu sesuatu kelainan yang akan diingati oleh penonton apabila drama bersiri ini muncul di kaca televisyen kelak," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ayda bakal muncul dalam StereoFest 2020 bakal diadakan pada 22 dan 23 Februari depan di Palawan Green, Sentosa, Singapura.
Selain Ayda, artis yang terlibat ialah Judika, Zee Avi, Ismail Izzani, Elizabeth Tan, Andi Bernadee, 4U2C, New Boyz dan ramai lagi.
Dapatkan tiket bernilai RM204, RM384, RM594 dan RM1,104 (sesi meet & greet) di laman web www.stereofest.asia.
Must-Watch Video