Gembira Kongsi Resipi, Warong Pak Jabit, Penampilan Terakhir Arwah Mamat Khalid
Mya Amri
11/04/2022 08:23 MYT
11/04/2022 08:23 MYT
Program berunsurkan masakan, Warong Pak Jabit merupakan penampilan terakhir sutradara terkenal, Allahyarham Mamat Khalid.
Lebih istimewa lagi, rancangan yang diterbitkan oleh Astro Gempak ini menampilkan sisi berbeza arwah Mamat Khalid di mana beliau sendiri tampil memasak di hadapan kamera.
Program arahan Allahyarham ini turut menampilkan anaknya, Adam Khalid yang akan berkongsi resipi dan juga menunjukkan teknik memasak menggunakan kaedah tradisional.
Selain Mamat dan Adam, program masakan berdurasi 30 minit di bawah Gempak Original Series itu juga akan menampilkan barisan pelakon Kampung Pisang yang diminati ramai.
Antaranya Aziz M Osman, Bell Ngasri dan Kaza yang merupakan watak-watak ikonik dalam Kampong Pisang.
Saksikan Warong Pak Jabit, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang di Astro Ria (saluran 104).