Hiburan
“Gembira Meraikannya Di Rumah Kedua Saya Di India” - Nick Jonas Sambut Perayaan Holi Buat Kali Pertama
Ahli kumpulan pop Jonas Brothers, Nick Jonas gembira meraikan sambutan perayaan Holi pertamanya di Mumbai, India.
Menerusi laman sosial Instagram, Nick memuat naik tiga foto bersama isteri tercinta bintang Bollywood terkenal Priyanka Chopra untuk tatapan umum.
“Holi pertama saya! Sangat gembira dapat meraikannya bersama orang-orang yang hebat di rumah kedua saya di India,” tulisnya sebagai kapsyen.
Menerusi perkongsian itu juga, Nick kelihatan teruja apabila dirinya yang memakai kurta putih dipenuhi serbuk Holi bewarna-warni.
Nick dan Priyanka dilihat turut meraikannya bersama rakan yang juga aktres popular Katrina Kaif.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata peminat seluruh dunia teruja melihat Nick menikmati perayaan yang menjadi tradisi agama anutan isterinya.
“Happy Holi guys! Harap anda berdua menikmati perayaan ini dengan sebaiknya,” ucap seorang wargamaya.
“Sweetnya! Kalian berdua buat sesiapa yang masih single terasa sangat teruk,” usik seorang wargamaya.
“Ini yang saya nak tengok, Nick Jonas dilitupi serbuk warna-warni,” kata seorang wargamaya.
“Suka melihat awak menghormati agama dan budaya negara India. Cinta awak kelihatan sangat suci dan luhur,” puji seorang wargamaya lagi.
Imbas kembali, Nick dan Priyanka telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 selepas beberapa bulan berpacaran.
Must-Watch Video