Peminat filem Gemencheh Boys, ada berita baik untuk korang! Korang tahu tak filem ni dah ada dekat Astro First? Bukan itu sahaja, kalau korang sewa filem ni di Astro First, korang berpeluang memenangi merchandise eksklusif filem Gemencheh Boys dari kolaborasi Astro Shaw dengan APOM dengan cara yang sangat mudah.

Filem Gemencheh Boys adalah kisah yang diinspirasikan oleh sekumpulan budak kampung, ‘Enam Jahanam’ yang pada mulanya nakal, namun mula berubah apabila seorang guru memperkenalkan mereka dengan sukan kriket. Sejak dari itu, bermulalah perjalanan Enam Jahanam menuju ke pentas antarabangsa.

Cara-cara nak sertai Giveaway ni memang senang sangat. Korang hanya perlu sewa filem Gemencheh Boys ataupun Kombo Treat Cuti Sekolah (Gemenche Boys, Polis Evo 3 & Nussa: The Movie) di Astro First. Kemudian, muat naik bukti korang tengok filem ni di aplikasi Instagram atau Tik Tok. Jangan lupa tag akaun Astro First sekali! (Instagram: @astrofirst.official; TikTok: @astrofirstofficial)

Kalau nak tahu cara untuk sewa filem-filem di Astro First, korang boleh rujuk di sini https://support.astro.com.my/bm/question/how-do-i-purchase-astro-first-movies-series.

Peserta mesti mematuhi mekanisme Peraduan seperti yang telah dimaklumkan atau akan dimaklumkan oleh Penganjur dari semasa ke semasa, semasa Tempoh Peraduan.

Peraduan bermula daripada 21 Disember 2023 sehingga 7 Januari 2024, 11:59 malam.

So pastikan korang tak terlepas untuk join peraduan ni!

Best kan? Alang-alang dah cuti sekolah ni, ajak sekali kawan-kawan, family untuk tengok filem ni ramai-ramai, baru meriah! Boleh buat Gemencheh Boys Watch Party dekat rumah korang!

Rujuk terma dan syarat di sini untuk maklumat lebih lanjut dan syarat-syarat peraduan.