“Gementar, Azan Pun Tersasul” - Jamal Sambut Kelahiran Iskandar Rayyan Yamani

Mya Amri
Februari 22, 2022 09:54 MYT
Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah menyambut kelahiran anak kelimanya, Iskandar Rayyan Yamani
Berita gembira itu dimaklumkan Jamal menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya sebentar tadi.
“Assalammualaikum… Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yang soleh… Amin.
“Alhamdulillah, selesai sudah. Gementar sehinggakan azan pun tersasul. Terima kasih semua,” tulisnya.
Terdahulu, Jamal berkongsi kepada media sudah memilih nama anak kelimanya dan memberitahu tarikh kelahiran Iskandar Rayyan Yamani.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Azura Yamani dan El Issac Yamani.
Sebelum ini Jamal juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.
#Bersalin #Jamal Abdillah #Isteri bersalin #Datuk Jamal Abdillah #Anak Kelima