“Gementar & Sedikit Emosi Terkenangkan...” - Dapat Markah Tercorot, Datuk Fazley Mohon Maaf Persembahan Kurang Memuaskan!
Menurut Fazley, perasaan gementar kerana sudah lama tidak membuat persembahan berkemungkinan antara faktor yang menyumbang kepada kekurangan tersebut.
“GV8 merupakan satu pentas besar. Rasa macam berdiri di hujung padang bola.
“Memang nervous habis, sekian lama tidak menyanyi atas pentas besar hampir 10 tahun, hanya menyanyi sambil memasak di dapur.
“Saya terlalu gementar dan sedikit emosi terkenangkan anak-anak,” katanya.
Tambahnya, dia juga akan cuba ‘menebus’ kekecewaan tersebut pada minggu hadapan menerusi persembahan konsert kedua.
“Maafkan saya buat mereka yang hampa, terima kasih buat mereka yang memahami.
“Syukur buat mereka yang masih sudi memberikan semangat.
“Insya-Allah, saya akan cuba lebih baik minggu hadapan dengan lagu abang Hasnol, laguku untukmu,” katanya.
Sekadar info, menerusi konsert pertama GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)semalam, Fazley berada di kedudukan terakhir dengan markah hanya sekitar 53 peratus.
Penyanyi Singapura Aliff Aziz pula muncul sebagai bintang dengan markah tertinggi iaitu 74.6%
BACA: Tiada Penyingkiran Konsert Pertama GV8! Aliff Aziz Raih Markah Tertinggi Manakala Datuk Fazley….
Untuk rekod, juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM30,000 termasuk trofi.
Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.
Penerbitan GV8 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.