Hiburan
"Gementar...Tak Mahu Letak Harapan Tinggi" - Khai Bahar
Penyanyi popular, Khai Bahar tidak mahu meletakkan harapan tinggi terhadap dua lagunya iatu Satukan Rasa (duet bersama Siti Nordiana) dan #123 yang telah mara di Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 dua minggu lalu.
Menurut Khai, semua lagu yang dipertandingkan sangat hebat dan mempunyai mutu tersendiri.
"Saya tak mahu letak harapan yang tinggi terhadap penyertaan saya ke Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) nanti, semua lagu yang mara ke separuh akhir hebat-hebat belaka.
"Apa-apa pun, jika ada rezeki, sudah tentu saya mahu ke pentas akhir AJL34, kita nantikan sahaja keputusannya," kata Khai kepada Gempak.
Khai berkata demikian ketika ditemui di Konsert Koo with Cuckoo bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon malam tadi.
Tambah Khai, dia melihat kekuatan pada lagu Satukan Rasa berbading #123.
"Saya nampak kekuatan pada lagu Satukan Rasa yang mengetengahkan genre balada, lagu #123 pula lebih kepada menghiburkan penonton.
"Saya akui gementar, jika saya dipilih ke pentas akhir nanti, saya akan memperbaiki teknik nyanyian dan mencari cara untuk hilangkan gugup di atas pentas," tambahnya.
Keputusan lagu yang akan dipilih ke pentas akhir AJL 34 akan diumumkan pada Jumaat minggu hadapan, sama-sama kita nantikan!