Hiburan
“Gemok Macam B*Bi” – Fizikal Dihina Bella Astillah Tenang Jawab Cacian Warganet Ini
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak melatah sebaliknya membalas cacian warganet mengenai bentuk badannya yang sedang sarat hamil, dengan tenang.
Isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu berkongsi mesej berbaur hinaan daripada seorang warganet di ruangan Insta Story akaun sosial Instagram (IG)nya.
Bella hanya menjawab “Alhamdulillah” apabila indiividu tersebut menyamakan bentuk tubuhnya yang bakal bersalin bila-bila masa itu dengan babi.
“Gemok macam babi, sial! Hahahaha” tulis individu celupar tersebut.
Terdahulu, Bella telah berkongsi fotonya menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung, Ayden Adrean yang ketiga tahun di IG baru-baru ini.
Menerusi foto-foto yang dikongsi, jelas kelihatan wajah Bella yang semakin sembab, perubahan normal bagi wanita hamil apabila memasuki trimester ketiga.
Bella juga nampak sedikit keletihan namun demi untuk memastikan Ayden gembira, dia melupakan segalanya.
Malah, adiknya Didi Astillah turut memberitahu sudah ada tanda-tanda awal Bella akan bersalin, seperti bukaan 2cm pada rahim.
Mengikut jangkaan doktor Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, bakal melahirkan cahaya mata perempuan Jumaat (17 Julai) ini.
Difahamkan Bella terpaksa memasuki dewan bersalin sendirian tanpa ditemani suami tersayang, berikutan pintu sempadan masih belum dibuka.