Gempak Ah! Ini Hasilnya Bila Fiziwoo 'Recreat' Kostum Maleficent

Amri Hassan
Oktober 22, 2019 08:34 MYT
Pasti ramai yang sudah menonton kedua-dua filem Maleficent dan terbaharu Maleficent Mistress Of Evil yang baru ditayangkan minggu lepas?
Selain cerita yang menarik, penonton juga disajikan dengan visual dan kostum pelakon yang menawan dan sarat magis.
Harus diakui pereka kostum Ellen Mirojnick telah menghasilkan sentuhan epik!
Mengulangi keajaiban filem Walt Disney itu, pereka fesyen tempatan Fiziwoo mencipta semula kostum daripada filem Maleficent Mistress of Evil dalam versi tersendiri.
Sempena pertunjukan fesyen khas Fiziwoo x Walt Disney di Starling Mall, Damansara baru-baru ini, tiga karakter utama, Permaisuri Ingrith, Puteri Aurora dan Permaisuri Maleficent sendiri ditonjolkan dalam 8 rekaan.
Puteri Aurora ditampilkan dalam versi suci, Permaisuri Ingrith dalam elemen kebaikan manakala Maleficent diolah dalam versi gelap.
Kesemua 8 rekaan itu akan dipamerkan di beberapa pawagam eksklusif seluruh negara.
Filem Maleficent Mistress of Evil merupakan sekuel filem pertamanya pada tahun 2014 mengisahkan hubungan rumit antara Maleficent (Angelina Jolie) dan Puteri Aurora (Elle Fanning) yang telah menerima lamaran Putera Phillip (Harris Dickinson).
Namun, mereka tidak menyedari ibunda Phillip, Permaisuri Ingrith (Michelle Pfeiffer) merancang untuk mempergunakan perkahwinan mereka untuk memisahkan pari-pari dan manusia selama-lamanya.
Apa kata kita lihat rekaan menarik Fiziwoo x Walt Disney sempena tayangan perdana Maleficent Mistress of Evil.
#Fesyen #Fiziwoo #Maleficent Mistress of Evil