Minggu ini khas buat tatapan pembaca, Astro Gempak membawakan cerita pendek terbaru untuk segmen #GempakCerpen.
Bersempena cuti hujung minggu kali ini, kami paparkan cerpen karya Hilmi Loma berjudul Antara Perasaan.
Selamat membaca!
***
Lelaki itu bangun dari perbaringan di ranjang sepi. Pemilik raga di sebelah kanan tidak kelihatan dengan meninggalkan bantal dan cadar yang tidak terusik dengan perkongsian cinta, tidak terusik dengan perkongsian malam-malam indah.
"Aku tak bermaksud langsung nak lukakan hati kau, aku memang bodoh. Bodoh sebab aku tak pandai nak hargai kasih sayang yang kau selalu curahkan, bodoh sebab aku sia-siakan malaikat yang selalu melindungi aku dengan sayap-sayap perlindungan. Aku tak layak untuk kau, maafkan aku."
***
Dia hanya melangkah lemah setapak demi setapak. Tiada kekuatan yang terlahir, tiada kudrat yang mengikat, tetapi semua dan segala itu memedihkan. Seolahnya dia berjalan di atas sebuah laluan air sungai yang mengalir dingin tetapi penuh dengan kerikil tajam yang menujah dan menikam dengan halus.
"Setiap malam, setiap hari, setiap detik waktu, semuanya aku lelahkan untuk menangis dan meratab, semuanya aku kosongkan demi kau, tapi kau tak pernah seinci langsung nak hargai aku..."
Mengalir deras titisan jernih yang hangat di kedua-dua belah pipinya. Apa yang ditempa dengan rasa cinta dan apa yang dipateri dengan penuh kasih sayang akhirnya berkecai umpama perhiasan kaca yang dibaling-hentak ke permukaan lantai yang sepi dan kejung tanpa emosi. Seperti dirinya dikala ini, sepi dan kejung.
Dia meneruskan langkah, tidak langsung dia pedulikan mata-mata hakim awam yang memandangnya dengan penuh curiga dan nista. Langsung tidak mengendahkan sapaan yang berbuahkan pertolongan daripada mereka yang cuba membantu. Dia hanya menggeleng dan tersenyum dengan kelembutan yang bertulangkan kepura-puraan.
"Tiada lagi bait terindah, ucapan kata-kata yang menghangatkan ikatan di antara kita berdua, semuanya dah terlalu asing dan kering untuk bercambah tunas, semuanya punah menanti musnah.."
***
Seorang lelaki kini mengejar sesuatu. Sesuatu yang pernah menjadi miliknya suatu ketika dahulu. Sesuatu yang pernah menjadi sebahagian daripada isi yang berdegup dalam kalbunya. Lelaki itu kini berhenti di sebuah simpang tiga jalan. Kiri dan kanan ditoleh cemas sambil menenangkan diri yang memuncak gusar. Nafas ditarik dalam sambil meluahkan kekecewaan yang tertanam di pundak.
"Aku akan kejar kau, aku akan dapatkan kau balik dan aku takkan sesekali lepaskan hati yang kau serahkan kepada aku. Aku akan genggam, hargai dan sayangi hati itu sebagaimana aku sayangi diri aku sendiri. Aku bersumpah, Tuhan. Tolong bagi aku peluang ini."
***
Dia semakin hampir, kedua belah kaki kini menginjak di hujung kaki jambatan konkrit yang berkarat dan lusuh tetapi masih teguh berdiri. Seperti hati dan perasaannya ketika ini, berkarat dan bersarang dengan kekecewaan, lusuh separa usang dengan keperitan tetapi dia masih mampu berdiri tegak, masih mampu meneruskan perjalanan demi sebuah tujuan yang abadi.
"Demi Tuhan, aku masih sayangkan kau sebagai pelengkap kehidupan aku. Siapa yang mahu keseorangan di dunia? Siapa yang mahu menyimpan sahaja rasa untuk menyayangi dan disayangi itu seorang diri? Tetapi kau lupa, sayang…"
***
Lelaki itu semakin cemas. Dia sudah ketinggalan. Ketinggalan dari segi masa, ketinggalan dari segi kemaafan, dan dia bakal ketinggalan dari sebuah kehidupan yang membahagiakan diri. Semua itu kerana dia alpa tentang bahagia di hadapan mata. Dia alpa tentang kasih sayang yang sudah tersedia berbunga untuk dirinya, dia alpa keseluruhannya demi sebuah dosa dan noda yang sekejap cuma.
***
Dia berdiri tegak sambil menunduk memandang ke dasar lautan gelora yang sedang terdampar dengan megah. Bauan garam yang menusuk, rembesan dingin yang dibuai dengan bayu separa halus sedikit sebanyak menggusarkan diri. Tetapi dia nekad, dia nekad untuk meninggalkan segalanya. Apa guna lagi bercucuk tanam dengan seluruh cinta jika hasil cuma dibalas dengan kelayuan asmara yang hilang serinya?
"Tiada seorang pun yang mampu menggantikan diri kau, tiada satu kunci pun yang boleh membuka kembali sangkar hati yang telah tertutup rapat, kemas dan mencengkam. Aku redha andainya ini yang terakhir, kerana aku sudah tidak mampu…"
Dia meringankan tubuh, menutup kedua belah mata dan bersedia. Redha dengan cita-cita. Redha dengan titik noktah buat semua. Saat dia redha, saat dia mula rasa tubuh yang kaku itu melayang, lengan kanannya ditarik kuat oleh seseorang lantas tubuh yang kaku itu dipeluk erat dengan seluruh rasa cinta yang lahir daripada penyesalan.
"Jangan tinggalkan aku lagi, sayang…"
Lelaki itu kini memeluk Dia. Tidak dipedulikan air matanya yang merembes keluar, tidak dipedulikan ego yang sudah bertabur dan berkecai hina. Lelaki itu hanya menangis sambil menyesal. Menangis sambil meratap. Menangis sambil merayu. Mata Dia dan mata lelaki itu kini bertaut. Dia melirikkan senyuman lemah. Lelaki itu memandang dengan harapan sebelum keduanya berirama dengan harmoni.
"Apa ini permulaan kepada suatu pengakhiran yang mengikat kita berdua selamanya?"
Keduanya tenang buat beberapa ketika, saat yang berlalu umpama minggu yang menderu aman, tetapi lelaki itu merasakan sesuatu. Air wajahnya berubah tatkala melihat dia kini sedang melayang jatuh menuju ke dasar gelora di bawah jambatan. Dilihatnya wajah Dia yang masih tersenyum dan tidak melepaskan pelukan erat, fahamlah lelaki itu bahawa dengan pengakhiran ini, keduanya bakal bahagia. Dengan pengakhiran ini, segala perasaan telah terbentuk sempurna.
Dia dan lelaki itu memejamkan mata sebelum tujahan tajam bergaram dan melemaskan bergulir dan memeluk keduanya dengan sebati masuk jauh ke dalam kedingingan yang tidak berpenghujung.
"Ketika cinta, telah bersarang... Taklukkan dua manusia, untuk hanyut dalam rasa. Dan rindu datang... Setiap saat, seolah tak mengizinkan sedetik untuk berpisah..."
Dato Siti Nurhaliza - Segala Perasaan
Mya Amri
Sun Sep 03 2017
Beli Tali Skipping LV Harga RM4,000, Netizen Impressed DSV Fasih Berbahasa Mandarin
Sepotong video memaparkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sedang membeli-belah di sebuah kedai jenama mewah Louis Vuitton (LV) berjaya mencuri perhatian netizen baru-baru ini.
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.