Gempak Habis! Netizen Terhibur Tengok Azizul Awang ‘Nyanyi’ Lagu Bangun x Kita Bagi Jadi Dengan Aman RA - “So This Is What Bangun Is For…”
Kalau dahulu di velodrom tapi kali ini jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menyorot perhatian netizen apabila muncul menyanyi dalam sebuah muzik video.
Ya! Siapa sangka aksi ‘mic drop’ sebelum ini adalah pembayang bahawa dia akan muncul di sebuah muzik video lagu Bangun nyanyian asal rapper tempatan, Aman RA.
Namun apa yang lebih menarik, dengan kerjasama CIMB lagu tersebut telah diberi nafas baharu sekaligus menjadi lagu rasmi kempen Kita Bagi Jadi yang berjudul Bangun X Kita Bagi Jadi.
Mengangkat tema jangan mudah mengalah, muzik video yang berdurasi 2 minit 27 saat ini memberi semangat kepada rakyat Malaysia untuk terus bangkit dan berusaha untuk mencapai impian mereka.
Kalau korang betul-betul hayati setiap bait dalam muzik video ni seperti “Anak desa anak kota boleh terbang tinggi, kena mahu kena sanggup jangan turun hati”, “Jatuh satu kali, kita bangun tiga kali” dan Anak desa bangun kita bagi jadi, anak kota bangun kita bagi jadi” , ia bukan sekadar lagu semata-mata tapi satu laungan “bangkit” untuk semua yang pernah rasa nak give up atau blur tak tahu macam mana nak mula langkah pertama.

Lebih menarik mesej yang dibawa dalam lagu ini cukup jelas, tidak kisah dimana anda lahir di bandar besar atau di hujung kampung peluang untuk berjaya tetap terbuka luas.
Yang penting ada semangat, ada usaha itu kunci sebenar.
Selain daripada mesej lagu yang kuat, muzik video ini juga turut menampilkan bagaimana usaha CIMB berjaya memberi kesan nyata kepada masyarakat di Malaysia.
Ia membuktikan bahawa CIMB bukan sekadar perbankan semata-mata, tetapi lebih kepada membantu orang ramai untuk terus maju ke hadapan.
Antara inisiatif yang ditonjolkan termasuklah memudahkan urusan perjalanan melalui solusi pembayaran yang lebih pintar dan mudah diakses, merapatkan jurang pendidikan untuk lebih 2,000 pelajar, lebih 500 PKS juga berjaya diperkasa untuk beralih ke arah digital melalui program SMEBizReady serta membantu perniagaan terus berkembang menerusi platform OctoBiz.


Menjengah ke ruangan komen rata-rata terhibur melihat telatah dan gaya Azizulhasni dalam muzik video tersebut.
Berikut komen yang ditinggalkan oleh netizen:
“Upin dan Ipin finally grew up and became rappers!
“Mic dropppp so unexpected
“Fuhhhhhh padu la
“MV of the year! Cool teruk!
“So this is what Bangun is for la..mantap!!!
“Padu Dato Azizul,” komen netizen.
Muzik video Bangun X Kita Bagi Jadi kini sudah boleh ditonton di YouTube dan pastinya akan membuatkan anda terinspirasi, terhibur dan lebih bersemangat untuk “bangun” ke arah masa depan yang lebih baik.