Laman Utama
Gempak Original Series Kini Muncul Dengan Akim & Mira, Kisah Cinta 1999
Portal hiburan Gempak di bawah payung penjenamaan Gempak Original Series kini muncul dengan satu lagi drama terbaharu berjudul Akim & Mira, Kisah Cinta 1999.
Akim & Mira, Kisah Cinta 1999 adalah sebuah drama menyentuh hati tentang dua remaja yang jatuh cinta tetapi terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan kerana mereka berdua bermasalah dalam beberapa hal.
Untuk memantapkan lagi siri menarik ini, Akim & Mira, Kisah Cinta 1999 dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat antaranya Mimi Lana, Adam Lee, Fadlan Hazim, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Kimberly Chuah, Kween Keela, Saif Yunuz, Mahmud Ali Basha dan Ku Faridah @ Mak Engku.
Advertisement
Manakala Rita Rudaini dan Sweet Qismina muncul sebagai penampilan istimewa.
Drama bersiri dengan 10 episod ini dicipta dan ditulis oleh Marr Mohamad dari Zeel Production, yang terkenal dengan karya emosinya.
Gempak Original Series ini juga dihasilkan oleh pasukan kreatif Gempak iaitu Najman Shah, Sham Hashim, Akmal Nahar dan Desiree Gasper.
Saksikan Akim & Mira, Cinta 1999, setiap Rabu bermula hari ini, jam 9:30 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104), Astro Go, On Demand dan platform Gempak.
Sinopsis:
Akim (Adam Lee) yang merupakan seorang anak yatim piatu terpaksa menjual dadah secara sampingan, dipukul oleh Mira (Mimi Lana) iaitu pendatang baru di sekolah menengahnya.
Tanpa diduga, Mira juga mempunyai sisi gelap tentang dirinya di mana dia hidup menderita dengan bapanya yang kejam.
Dalam masa yang sama, Mira kemudiaannya berkawan dengan seorang samseng bernama Jebat (Fadlan Hazim) yang membantunya menjana wang dengan menghiburkan pelanggannya.
Dengan dana itu, Mira berharap dapat memulakan kehidupan baru di Australia suatu hari nanti.
Must-Watch Video