Gempak! Ramai Dah 'Tiru' Aksi PASKAL The Movie, Mencuit Hati!

Kamaruddin Razal
September 30, 2018 06:04 MYT

Filem PASKAL The Movie arahan Adrian Teh semakin mendapat tempat di hati peminat.

Menerusi pemerhatian Gempak, hampir kebanyakan panggung wayang dibanjiri dengan penonton yang mahu menonton PASKAL The Movie.
Malah, ada juga peminat yang 'repeat' menonton filem tersebut untuk kali kedua dan ketiga... memang hebat penangan PASKAL The Movie!
Terbaru, ramai penonton terinspirasi dengan aksi serta adegan dalam PASKAL The Movie dan 'meniru' beberapa babak dalam filem terbabit.
Aksi parodi peminat yang 'meniru' babak dalam filem PASKAL The Movie nyata mencuit hati!

ni lah jadi nye lepas tengok #paskal pic.twitter.com/nLf8o0Cjef

— Bulat (@musaiman46) September 28, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Filem PASKAL The Movie diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw sudah mendapat kutipan sebanyak RM2 juta menerusi tayangan hari pembukaan.

PASKAL The Movie erkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jom, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran PASKAL The Movie di medan pawagam!

#Viral #Filem #Viral #Filem #PASKAL The Movie