Seperti negara lain, Malaysia juga tidak terlepas dengan isu-isu semasa yang berlaku sepanjang minggu lalu.

Jadi kepada pembaca Gempak yang mungkin terlepas mengikuti perkembangan seni dan hal semasa dalam negara, kami senaraikan top 5 cerita menarik menerusi segmen Gempak Recap minggu ini.

1.Syamsul Yusof Bakal Saman Saluran YouTube

Syamsul Yusuf berang dengan sebuah saluran YouTube yang menggambil kesempatan menggunakan tajuk berbaur fitnah mengenai hal rumahtangganya.

Dengan menggunakan nama Cabik Geronong Channel, saluran itu meletakkan tajuk berjudul ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah’ untuk mendapatkan jumlah tontonan yang banyak menimbulkan rasa kurang senang Syamsul.

Artikel penuh di bawah:

BACA: "Stop Playing With My F******G Name!” – Tajuk Berbaur Fitnah, Syamsul Yusuf Hilang Sabar Bakal Saman Saluran YouTube

BACA: Setelah Dikatakan Hadir Ke Pejabat Agama Islam, Puteri Sarah Kongsi Petikan Curang


2.Fatin Afeefa Jilat Lantai Demi Lakonan?

Fatin Afeefa membuktikan dia bukan hanya pelakon yang sering di kelilingi kontroversi, tetapi merupakan seorang pelakon yang seharusnya diambil serius dalam bidang lakonan.

Semangatnya itu menyebabkan Fatin mungkin melalukan pelbagai perkara yang di luar dugaan.

Artikel penuh di bawah:

BACA: "Sanggup Jilat Lantai, Tapi Itu Bukan Yang Paling Teruk..." - Fatin Afeefa Buktikan Bukan Sekadar Tempelan


3.Sanggup Hentikan Kerja, Fly Ke Kelantan Bantu Rakan Baik Sakit

Personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad menjadi tular apabila sanggup pulang ke Kelantan sebaik sahaja mendapat berita mengenai keadaan rakan baiknya yang jatuh sakit.

Bagaimanapun dirinya mendapat ujian selepas menerima berita isteri kesayangannya, Syafiqah Aina mengalami keguguran.

Hafiz menerima berita sedih itu ketika dia berada di Kelantan untuk membantu sahabat baiknya yang jatuh sakit.

Artikel penuh di bawah:

BACA: “Stroke Sebab Kerja Kuat” – Sahabat Sejati! Lelaki Ini Terus Batal Semua Kerja, Fly Dari KL Ke Kelantan Untuk Bawa Rakan Ke Hospital

BACA: “Lepas Angkat Sahabat Masuk Kereta, Dapat Call…” Lelaki Bantu Rakan Diuji, Dapat Berita Isteri Gugur


4.Ismail Izzani Rakam MV Dalam Gereja

Ismail Izzani kecewa dikecam netizen gara-gara muzik video (MV) terbaharunya berjudul Ada Cara yang menjalani penggambaran di sebuah gereja.

Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Mail mengatakan ramai mengambil perkara itu dari sudut negatif tanpa memberi peluang untuk memahami keseluruhan MV tersebut.

Artikel penuh di bawah:

BACA: Isu Rakam MV Dalam Gereja, Ismail Izzani Kecewa Digelar Generasi Sampah


5. Kuda Paling Kacak Di Dunia

Seekor kuda di Amerika Syarikat, Frederik The Great, diiktiraf sebagai kuda paling tampan di dunia.

Kuda tular ini diiktiraf kerana memiliki susuk badan yang tegap, berwarna hitam berkilat, berambut panjang dan pantas berlari.

Artikel penuh di bawah:

BACA: “Rambut Handsome, Sexy, Badan Hitam Berkilat” - Frederik The Great, Ini Kuda Paling Tampan Di Dunia


6. Individu Persoal Kerjaya Guru Selepas Waktu Sekolah

Baru-baru ini kecoh apabila ada individu yang mempersoalkan kredibiliti guru selepas tamat waktu persekolahan.

Surat terbuka kiriman seorang pembaca wanita yang disiarkan dalam sisipan akhbar Utusan Melayu dengan tajuk Di Mana Guru Selepas Waktu Sekolah ternyata menerima pelbagai reaksi netizen.

Isi kandungan yang menyentuh isu pemantauan guru selepas tamatnya waktu persekolahan dan menyatakan golongan pendidik tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Artikel penuh di bawah:

BACA: “Di Mana Ibu Bapa Selepas Waktu Kerja?” Sinis! Netizen Bidas Individu Persoal Kerjaya Guru


7.Perniagaan Kicap Lan Solo

Lan Solo tidak pernah menyangka perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bersama isteri, Nur Sheila Hassim, kini berkembang dan lebih baik.

Menurut Lan, di awal pembukaan Solo Borneo Mart (SBM) pada hujung September tahun lalu dia dan isteri hanya membawa bilangan barangan runcit yang sangat terhad.

Artikel penuh di bawah:

BACA: “Mula Bisnes Dengan 6 Botol Kicap….Tak Pernah Sangka Boleh ‘Upgrade’ Bawa Barang Guna Kontena!” – Lan Solo


8.Soal Hati Neelofa, PU Riz

"Tidak, tiada apa-apa."

Itu jawapan ringkas daripada pengacara dan usahawan terkenal Neelofa mengenai desas-desus hubungan percintaannya dengan pendakwah yang juga pelakon, Haris Ismail atau PU Riz.

Artikel penuh di bawah:

BACA: Mohon Hormat Pendiriannya, Neelofa Nafi Bercinta Dengan PU Riz


9.Terlampau Kaya Sampai Sewa Tempat Lepak RM130 Ribu

Nia telah menyewa sebuah kediaman mewah yang dijadikan persinggahan atau tempat melepak dia dan kawan kawan di waktu siang hari.

Selain menjadikan kediaman mewah tersebut tempat melepak, Nia mengatakan ia juga dijadikan lokasi untuk menjalani sebarang penggambaran termasuk fotografi.

Artikel penuh di bawah:

BACA: Terlajak Kaya, Nia Ramadhani Sewa Rumah Untuk 'Melepak' Berharga RM130 Ribu!


10.Luahan Zynakal Buat Ibu, Netizen Sebak

Perkongsian penyanyi dan komposer Zynakal menerusi sebuah posting di Instagramnya mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen.

Posting tersebut bagaikan satu luahan dan rasa sedihnya terhadap pemergian ibunda tercintanya, Zuraidah Ibrahim.

Artikel penuh di bawah:

BACA:“Ibu Pernah Cakap Kalau Aku Meninggal Jangan Datang Kubur Aku Sebab...”- Luahan Zyn Nakal Buat Arwah Ibunya Bikin Ramai ‘Potong Bawang’