Setiap minggu Astro Gempak akan menampilkan ikon media sosial yang akan berkongsi kisah menarik dan pengalaman mereka dalam segmen Gempak Star Of The Week.

Tidak kira latar belakang dan bidang mereka, kuasa media sosial membawa angin perubahan dalam landskap hidup golongan belia ini.

Sempena minggu sulung, Youtuber popular dari negeri di bawah bayu, Adam Shamil Misran, 23, dipilih untuk berkongsikan pengalamannya sepanjang bergelar figura media sosial di platform Youtube.

Berikut kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Adam Shamil.

1) Youtuber nombor satu di Sabah

Terkenal dengan video jenaka berinformasi di Youtube, Adam menyampaikan mesej-mesej bermakna kepada golongan belia menerusi pelbagai idea kreatifnya di platform tersebut.

Semestinya episod yang menampilkan neneknya paling mencuri perhatian!



2) Wakil Malaysia ke Google Amerika Syarikat

Bukan calang-calang individu dapat menjejakkan kaki ke ibu pejabat Google di Amerika Syarikat dan Adam adalah wakil kedua dari Malaysia dijemput ke sana sempena Creator & Artist Leadership Initiative.

"Memang tidak percaya! Untuk Youtuber baru seperti saya dapat mewakili Malaysia ke Amerika Syarikat memang satu kerja gila," katanya.

Selain Adam, beberapa Youtuber lain dijemput ke sana. Antaranya Annoying Orange, Fathia Izzati (Indonesia), BisTheSka (Thailand) dan Fine Brothers.

3) Budak pandai ni...

Adam merupakan seorang pelajar di University of Notthingham Malaysia Campus, Semenyih dan semua rakaman serta suntingan videonya dilakukan pada hujung minggu sahaja. Hebatnya Adam membahagikan masa!

"Saya cuma ada hari Jumaat hingga Ahad untuk mengemaskini kandungan Youtube saya. Waktu lain saya perlu belajar!

"Kalau buat hari lain nanti nenek bising," tambah Adam.

4) 3 Juta Tontonan

Episod Son Bullies Grandmother di akaun Youtubenya telah ditonton lebih 3 juta pengunjung sejak dimuat naik beberapa bulan lalu. So cute!



5) Ingatkan orang Indonesia

"Setiap kali buka mulut orang akan fikir saya dari Indoesia. Jadi saya buat video perbezaan orang Sabah dan orang Indonesia bercakap. Jadi saya buat satu video berjudul Get It Right sebelum ia menjadi viral tiba-tiba," ceritanya.

Sehingga kini, episod Get It Right mengandungi beberapa video seperti bahasa Indonesia VS Melayu Sabah, Sabah & Sarawak, Welcome To Malaysia?, Sabah & Sarawak, Living In The Pokok? , Kota Kinabalu, Sarawak Meh?, Speak English is Minta Puji! dan Types of Malaysians We Hate.

Itu titik mula dan perubahan hidup Adam. Sejak bulan Mei tahun lalu, Adam secara tidak sengaja menjadi salah seorang Youtuber popular di Malaysia.



Teks oleh: Amri Hassan