Gempak Star Of The Week; Cupcake Aisyah Vlogger Comel Serba Boleh

Amri Hassan
Julai 15, 2017 03:20 MYT
Setiap minggu Astro Gempak akan menampilkan ikon media sosial yang akan berkongsi kisah menarik dan pengalaman mereka dalam segmen Gempak Star Of The Week.
Tidak kira latar belakang dan bidang mereka, kuasa media sosial membawa angin perubahan dalam landskap hidup golongan belia ini.
Sempena minggu ini, kami memilih vlogger terkenal Cupcake Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aisyah Mohd Razip, 16, untuk berkongsi pengalaman sepanjang bergelar figura media sosial di platform Youtube dan Instagram.
Berikut kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Cupcake Aisyah.
1) Siapakah Cupcake Aisyah?
Gadis ini merupakan seorang vlogger yang popular di platform Youtube dan pengikut di Instagramnya pula mencecah angka 323,000 orang.
2) Juara Top Lifestyle Influencer Award
Mengalahkan peserta lain dari Malaysia seperti Apple Tan, Luqman Poldoski, Yusof Hashim, gadis itu memenangi anugerah Top Lifestyle Influencer Award sempena Influence Asia 2017.
"Saya rasa masih terkejut dan tidak percaya akan memenangi anugerah itu memandangkan saya baru berusia 16 tahun.
"Tekanan lebih tinggi sebab orang sudah mula mengenali saya tahun ini," katanya.
3) 28 juta penonton Youtube
Sejak mula berjinak-jinak merakamkan video dan memuat naik di akaun Youtubenya, saluran Aisyah telah dilanggan lebih 180,000 pengunjung dan video-videonya ditonton lebih 28 juta kali.
"Pada umur 12 tahun saya merakam video dan memuat naik di Internet sekadar untuk hiburan. Saya suka melakukakannya dan lebih selesa bercakap di depan kamera berbanding orang ramai," jelasnya.
4) Jual squishy toys
Tiga tahun lalu, Aisyah memulakan langkah dalam bidang perniagaan dengan menjual squisy toys.
Permainan bertekstur span itu digilai ramai sampai ada yang sanggup membayar RM500 bagi koleksi terhad dan sukar didapati.
Setiap hari nilai jualannya mencecah RM800 hingga Rm1,000!
5) Gemar melancong & fashionista!
Populariti Aisyah melonjak setiap kali dia menghasilkan video ketika keluar melancong bersama keluarganya di dalam dan luar negara.
Selain membawa peminatnya melihat tempat-tempat menarik, dia juga tidak kalah apabila bergaya.
Lihat saja gambar-gambarnya di Instagram, ibaranya sedang melihat seleksi album ikon fesyen muda yang persis model.
Teks oleh: Amri Hassan
#Gempak Star Of The Week #Cupcake Aisyah #Vlogger