Setiap minggu Astro Gempak akan menampilkan ikon media sosial yang akan berkongsi kisah menarik dan pengalaman mereka dalam segmen Gempak Star Of The Week.

Tidak kira latar belakang dan bidang mereka, kuasa media sosial membawa perubahan dalam landskap hidup golongan belia ini.

Sempena minggu ini, Instafamous Nasrul Faiz Abu Azal atau Faizdickie, 29, berkongsi pengalaman sepanjang bergelar figura media sosial.

Berikut kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Faizdickie.

1) Village People

Sejak 2013, nama Faizdickie mencuri tumpuan di media sosial Instagram dengan kemunculan Komik Sengal dan seleksi video-video mencuit hati.

Karakter seperti Kak Leha Bunting, Na'abella, Sarabanon, Nurse Puaka dan Qais Wildan mendorong pembentukan komuniti Village People.

Sehingga kini Faiz telah mengumpulkan lebih 630,000 pengikut di Instagram selepas akaun lamanya digodam beberapa tahun lalu.



2) Happening tapi pemalu

Karakter bersahaja Faiz di Instagram mendorong popularitinya hingga dinobatkan sebagai Personaliti Popular tahun 2015.

Namun, hakikatnya Faiz seorang individu yang pemalu dan sifat itu bertentangan daripada karakter dalam Instagramnya.

"Dalam Instagram nampak gila-gila, happening dan suka buat lawak tetapi sebenarnya dalam kehidupan sebenar saya pemalu, kurang yakin diri dan penyegan.

"Oleh itu, karakter yang muncul di Instagram menjadi diri saya kedua dan tiada sesiapa boleh menilai kita," katanya.

There are two types of people in this world: 1. Dapat nombor phone terus save. 2. Dapat no phone, tak save, lepas tu bila ada nombor tak dikenali call, terus menggelabah. Yelah, last week kau terjumpa sorang kawan/potential client etc, lepas borak-borak, mamat/minah tu mintak nombor kau then dia miscall. Kau pun pikir, ah balik umah nanti lah kau save number dia. And yes, balik rumah kau terus terlupa. Seminggu lepas tu, tetiba kau dapat call dari no yang tak dikenali. Terus kau cam 'siapa plak ni? Nak angkat ke tak?' Kau biar je ringing sekali then bila orang tu hang up, kau terus bukak mesej/whatsapp untuk cross-check no tadi, kot-kot la kau penah chat ngan dia ke apa sebelum ni. Heh Ehem. (*nota: kekadang kau nak cross check no tu cam remeh & banyak keje so, kau just save je no tak dikenali tu ngan nama-nama seperti 'ntah' 'ntah2' 'xkenal' etc, then kau bukak whatsapp and search je 'ntah' tu. Dengan harapan, kau boleh kenal orang tu based on profile pic kat whatsapp). Hea Malangnya, no tu takde gak dalam whatsapp. Then tetiba seminit kemudian no tu call balik. Nak tak nak, kau terpaksa angkat and sedaya upaya kau pretend bercakap dengan nada normal, ala-ala kau kenal orang tu. Padahal kau tak tau langsung siapa dia. Orang tu pulak jenis yang tak reti-reti kenalkan diri 'wei Banon, ni Tushee ni' camtu. Hew hew In the end, selepas penat pretend kau pun terpaksa mengalah and tanya 'jap ni siapa sebenarnya eh' kat orang tu dan seperti biasa, jawapan template yang kau dapat adalah 'sampai hati kau tak save no aku?' Haaa Dek rasa sedikit bersalah dan malu, akan membalas ngan tipu sunat yang juga satu ayat template yakni 'oh sorry, phone/whatsapp aku problem, semua nombor hilang' heaaa propa! Haha #komiksengal #sarabanon #flipjambul #villagepeople heaa Haaaa abang 100% spesis gini. Maaplah ye kalau sesapa yang dah terkena sebelum ni. Haha sebab tu lah abang prefer kenalkan diri masa kita call orang and orang lain buat benda yang sama gak! Haha siapa se-spesis ngan abang kita geng! Heaaa P/S: Benci bila kita check no tu kat whatsapp, tapi orang tu tak letak profile pic or letak profile pic gambar laut lah, bunga lah, kartun muslimah lah! Apooo haha

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp) on


3) Pakaian perempuan, lawak lucah

Faiz tidak terlepas daripada kecaman netizen ketika tahun-tahun awal bergelar Instafamous.

"Apabila kita buat perkara baharu, orang susah terima jadi mereka mengutuk.

"Alasannya kerana saya pakai baju perempuan dan membuat lawak lucak. Tetapi apabila mereka tahu saya buat semuanya untuk hiburan, kecaman itu semakin berkurang," ujarnya.

Kecaman bagaimanapun masih berlaku apabila video atau gambar-gambarnya dimuatnaik di platform lain.

4) Semakin ramai Instafamous

Ramai golongan belia menjadikan platform media sosial sebagai ruang untuk menjana pendapatan sampingan.

"Nasihat saya jangan jadikan media sosial untuk mengaut untung, sebaliknya jadikan kerjaya ini sebab minat. Duit akan datang sendiri," tambah Faiz.



5) Pensyarah, cermin mata hitam & sukan skuba

Faiz merancang untuk menjadi seorang pensyarah dan akan melancarkan koleksi cermin mata hitam pada hujung minggu ini.

"Tiba masanya untuk menyumbang semula kepada komuniti, jadi saya mahu menjadi pensyarah," katanya.

Faiz juga aktif dalam sukan selaman skuba dan merancang untuk memperbanyakkan program kemasyarakatan selepas ini.

Semalam gigih mendaki gunung persis kambing pergunungan Alps. Hari ni abang menjelma menjadi ikan selar kuning. Tapi bukan selar kuning tau, ni selar kuning hipstur! Haha Syok woo buat Discover Scuba Diving (walaupun kat pool), rugi #Villagepeople tak join! Haha P/S: Thank you @blackpearldiveteam for this opportunity. Akhirnya abang dapat cross out another thing from my bucket list #AchievementUnlocked ??? kawan abang @megatfarezi sangat hebat diving persis @nyledimarco

A post shared by Faizdickie (@faizdickievp) on





Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @faizdickie, Pepatung