gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kubur Nurly Shahirah Dipasang Tali Penghadang Elak Perbuatan Khurafat
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perlu Ada Identiti Sendiri, Ajai Minta Peserta Lihat Hael Husaini,Aina Abdul & Shila Amzah Sebagai Contoh
HIBURAN
Fattah Amin Buat Kejutan Di Konsert Jiwa Kacau 2025, Umum Sudah ‘Engaged’ Dengan…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Gempak Star Of The Week: Sean Lee Dan Kisah Boxer Batman

Amri Hassan
Amri Hassan
20/07/2017
08:15 MYT
Sponsor Banner
Gempak Star Of The Week: Sean Lee Dan Kisah Boxer Batman
Setiap minggu Astro Gempak akan menampilkan ikon media sosial yang akan berkongsi kisah menarik dan pengalaman mereka dalam segmen Gempak Star Of The Week.
Tidak kira latar belakang dan bidang mereka, kuasa media sosial membawa angin perubahan dalam landskap hidup golongan belia ini.
Sempena minggu ketiga, Youtuber kacak, Sean Lee Jia Ern, 23, berkongsi kisah menarik tentang dirinya sepanjang bergelar figura media sosial di platform Youtube dan kini Instagram.
Berikut kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Sean Lee.
1) Budak Subang Jaya
Sean Lee atau nama sebenarnya Sean Lee Jia Ern (LJE) dilahirkan pada 17 Ogos 1994 dan hidupnya bergelar sekitar Subang Jaya dan Shah Alam.
"Kadang-kadang jadi budak Subang Jaya kadang-kadang budak Shah Alam," katanya.
Sean merupakan anak kedua daripada tiga beradik.
2) Boxer Batman teman melancong
Setiap individu mempunyai habit berbeza-beza, ada yang terpaksa membawa bantal busuk setiap kali perlu menginap di luar rumah.
Sama seperti Sean yang akan sentiasa membawa boxer Batman ke mana-mana sahaja jika keluar melancong.
"Ia seperti bantal busuk tetapi tidaklah peluk pakaian itu ketika tidur.
"Cuma ia perlu ada dalam bagasi saya agar rasa lebih selamat," katanya ketawa.
3) Takut tempat tinggi
Pernah mengalami ketakutan apabila berada di tempat tinggi, Sean bagaimanapun berjaya mengatasi ketakutan itu apabila berjaya melakukan bungy jump di Bloukrans, Afrika Selatan pada ketinggian 216 meter sebelum ini.
Oh! Sean juga tidak suka individu yang suka mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri.
4) Jogging 5KM setiap hari
Sean gigih berdiet dan mengamalkan gaya hidup sihat sejak tiga bulan lalu.
"Saya berlari 5 kilometer setiap hari dan bersenam untuk mendapatkan berat badan ideal. Saya ambil 1000 kalori sehari dan perlu membakar 1500 kalori sehari," tambah Sean.
5) Dari Youtuber jadi pelakon
Mula merakamkan video untuk saluran Youtube selepas tamat pengajian Diploma Seni dan Persembahan di Sunway College.
Bakatnya diintai produser tempatan dan memulakan langkah dengan filem pendek Sekilas dan drama bersiri Keluarga Pontimau.
Teks oleh: Amri Hassan Kredit foto: IG @seanlje
Topic Berkaitan
#Viral
#Viral
#Gempak Star Of The Week
#Sean Lee
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement