TikTok, aplikasi yang kian mendapat tempat di hati pelayar media sosial.

Aplikasi yang semakin meluas digunakan itu tidak terhad kepada memuatnaik video tarian semata-mata bahkan kini divariasikan dengan pelbagai manfaat.

Antara video yang mendapat tempat di hati pengguna TikTok seperti perkongsian tips gaya hidup, reviu gajet, motivasi dan ada juga yang berkongsikan resepi.

Melewati fasa akhir 2020, TikTok telah menyenaraikan individu paling popular di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bukan hanya selebriti.

Antara yang memasuki senarai pengguna TikTok popular Malaysia ialah @roshannnn1, siri animasi Upin Ipin dan @jeffyuman.

Manakala, Baby Shima menjadi selebriti Malaysia paling popular di aplikasi TikTok diikuti Alieff Irfan, Alvin Chong, Aeril Zafrel dan Nora Danish.

Harus diakui, populariti Baby Shima tidak terhad di Malaysia sahaja memandangkan penyanyi itu punyai peminat di negara jiran Indonesia.

Setakat ini Baby Shima telah mengumpul lebih 2.6 juta pengikut di TikTok dan lebih 11.6 juta tanda likes dari pengguna.

Jumlah itu mengatasi bilangan pengikutnya di Instagram seramai 1.3 juta sahaja.

Berikut merupakan barisan selebriti yang popular di TikTok:

1. Baby Shima (@babyshimaofficial)

2. Alieff Irfan (@irfxn__)

3. Alvin Chong (@alvinchong123)

4. Aeril Zafrel (@aerilzafrel8)

5. Nora Danish (@noradanishhanif)

6. Achey Bocey (@achey66)

7. Mugen Rao (@themugenrao)

8. Azar Azmi (@azarazmi)

9. Afifie Laila (@mokepah)

10. Fasha Sandha (@nurfashasandha)

Sumber: TikTok