#GempakKeliwon: “Berdiri Tapi Tiada Kaki…”- Jururawat Cun Hisap Darah
Syafiqah Jalal
30/09/2021 15:15 MYT
30/09/2021 15:15 MYT
Biasanya kisah seram di wad atau hospital sering berlaku kepada pesakit dan jururawat, namun berbeza pula kali ini apabila seseorang yang diarahkan untuk melakukan kerja teknikal berhadapan dengan satu detik cemas.
Gempak Keliwon kali ini berkongsi kisah seorang pemuda yang diganggu ‘jururawat’ yang didakwa sangat cantik tetapi tak dikenali ketika bertugas di sebuah hospital.
Pemuda yang menggunakan nama di laman Facebook miliknya sebagai Keroll Keroll berkongsi kisah seramnya di laman Kelab Cerita Hantu Malaysia.
Pengalaman kali ni berlaku si sebuah Hospital, saya bekerja di office seperti biasa tapi awal pagi boss dah panggil bagitau hospital ini sistem dia teramat slow menyebabkan beberapa peralatan makmal juga slow dan silap buat analisis. Report dan Result dari makmal mesti tepat sebab dari sini para doctor dan pakar membuat analisis, diagnosis dan ubatan.
Jadi saya diarahkan dan diminta oleh pihak hospital sendiri utk rectify dan pulihkan system tersebut dalam tempoh 24 jam. Masa tu tengah kecoh dengan Denggi, boleh bayangkan kelam kabutnya pihak hospital melayan kes-kes denggi.
Kerja saya ni memang kena buat malam untuk minimakan gangguan operasi dan memudahkan saya bekerja dan paling tak best selalunya saya kena buat kerja seorang diri. Saya mulakan kerja sistem auto verification lebih kurang 930pm di makmal utama juga menempatkan bank darah.
System verification menyatakan ada prob kat bank darah. Masa ni staff makmal yang stand by 2 orang bekerja smpi pkl 12 mlm, dan mereka dah siapkan pack bekalan darah dan lain untuk kemudahan andai ada kecemasan. Kerja verification, testing dan running siap pukul 11.30 dan pejabat makmal.
Pukul 12 lebih. Saya buat kerja-kerja saya seperti biasa. Dari result tu mmg kata Blood Bank yang bermasalah jadi saya terpaksa pergi ke Blood Bank yang terletak dalam 50 meter dari lokasi saya.
Tiba blood bank suasana agak samar so saya terus on semua lampu dan segala mesin dan PC. Masa ON lampu saya terpandang kelibat 1 nurse seperti keluar dari kaunter so saya biarkan jer laa sebab saya merasakan nurse juga bekerja seperti saya.
Buat testing kali ke 2 sistem slow so saya terpaksa la menaip segala system coding then semua connection sistem OK. Masa jerit OK ni tetiba nampak ada Nurse masuk terus berdiri betul2 depan peti sejuk bekalan darah jarak saya dengan nurse adalah dalam 3 meter. Saya tak layan nurse tu sebab nak siapkan kerja cepat.
Sambil menaip coding tak pandang nurse dan bagitau Nurse tu kalau nak amik darah kena bagi saya form yang doctor dah sign untuk saya record dalam system, then dia kena isikan details dia dalam log book. Dia buat ‘bodoh’ dok tenung jerrr peti sejuk tuuu, saya pon biar jer laa Nurse tu tenung pack darah dalam peti tuu maybe dia nak tunggu darah tu bertuko jadi warna hijau kot.
Rasanya dalam 10 minit Nurse tu kaku berdiri dan saya pon toleh, tanya lagi ada apa2 yang saya bole tolong?? Dia diam kaku lagi. Saya yang malas ni sambil duduk gerakkan kerusi dekat sedikit kat dia tapi still ada jarak sebab masa tu kami berdua jer, nanti naya kena tangkap basah dah laa nurse tu cantik rambut ikal mayang warna karat2, muka putih bersih, bibir pucat, pipi muka agak sembap, mata dia tak nmpk sbb dia dok renung peti sejuk, melihatkan keadaan pipi dan bibir dia, saya rasa beliau keletihan kot.
Nurse ni rasanya bukan islam sebab dia tak bertudung cuma pakai cam cap Nurse. Saya pon tanya nama dia sebab nak cek dalam system sama ada malam tu memang shift dia bekerja, tiada jawapan, tanya dah berapa lama kerja, tiada jawapan, last saya tanya dan offer diri untuk bukakan peti sejuk terus dia tegak berdiri n pandang saya tapi muka still garang jual mahal. saya pon gurau pandai pon toleh melihat saya. Saya nak bangun nak ke peti sejuk tapi dia berdiri je tak berganjak, masa ni laaa dia memberikan satu pandangan tajam kepada saya, saya pun tengok je dan senyum.
Bila dia buka mulut baru laa nampak bibir pucat dia merekah dan cam berdarah, gigi dia cam runcing tp x taring juga berdarah menitik, pastu dia buntangkan mata dia semuanya hitam. Saya terkejut terus cari tisu dan bandage untuk bagi dia lap atau kemam kat bibir supaya darah stop dan saya syak dia kepenatan dan tekanan kerja. Saya spontan pergi kat meja belakang amik bandage, tisu dan selimut untuk selamatkan dia dari kekejangan atau mild stroke.
Lepas dah dapat bandage dan selimut saya berpaling nak pergi kat dia baru nampak Nurse berdiri tapi tiada buku lali dan tapak kaki, dia still berdiri melihat saya dengan darah dari mulut dan gigi menitik tapi tak cecah lantai, maknanya lantai tu bersih, masa ni still nak pergi kat dia nak selamatkan dia.
Masa cepat-cepat pergi kepadanya dia mendongak tegak pandang siling terus darah mengalir keluar dari lehernya. Saya dah kelam kabut pergi kat dia dan tembus badannya. Saya tak perasan saya menembusi badan nurse ni, saya terus intercom Nurse kat bahagian A&E nak bgtau hal sebenar tapi line cam mati, kosong tiada tone apa-apa. Saya letak phone then pandang tempat kejadian, Nurse tadi dah tak ada cuma dia meninggalkan bau kuat hanyir darah, pastu baru sedar Nurse tadi syaitan yang perlukan darah, saya amik masa bertenang and sambung kerja saya tadi sampai siap.
Rasanya dalam pukul 3 pagi kerja siap saya kena terus laporkan dan serahkan report kerja pada officer kat A&E dan bertanyakan pasal figure Nurse yang saya nampak…dorang kata mana ada Nurse memakai skirt, tapi saya dapat rasakan dorang merahsiakan sesuatu. Berkhidmat untuk industri kesihatan negara dengan pelbagai pengalaman pelik.