Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakKeliwon: Dengar Suara Bayi Menangis Depan Pintu Tengah Malam, Ingatkan Kucing!

Fiza Kamarudin
23/12/2021 14:15 MYT
Sudah menjadi rutin harian aku berjaga tengah malam. Entah apa penyakit, minum kopi ke tak minum kopi ke memang aku ni sejenis burung hantu.

Selama hari ni aku tak pernah mengalami kejadian pelik dan menyeramkan pun, tapi sejak akhir-akhir ni kerap pulak diganggu.

Oh ya, aku baru berpindah ke kawasan ni. Tak jauh pun dari ibu kota Kuala Lumpur dan poskod aku pun masih Kuala Lumpur! Hehehe…

Kawasan rumah aku ni memang agak sunyi sebab dia jauh ke dalam. Nampak tak…walaupun lokasinya dekat dengan pusat membeli belah terkemuka.

Honestly, masa mula-mula masuk ke rumah ni aku tak ada rasa apa-apa pun. Tambah-tambah lagi aku memang suka suasana di sini.

Banyak pokok, sejuk dan nyaman je. Baru-baru ini aku mula rasa tak sedap hati apabila kerap terdengar suara bayi menangis.

Pernah satu malam tu, ketika aku di ruang tamu menyiapkan tugasan pejabat tiba-tiba aku dengar suara bayi menangis kali ni betul-betul di depan pintu.

Pertama kali terkena aku buka pintu sebab manalah tahu ada orang buang bayi depan rumah aku. Maklumlah rumah pulak hujung-hujung kan, line clearlah kalau nak letak anak tu depan pintu aku.

Dan masa tu aku berani sebab aku fikir kalau orang tak buang anak, mungkin bunyi kucing mengiau atau mengawan!

Tapi bila aku buka pintu, tak ada sesiapa pun…Suara pun bayi pun hilang! Allahuakbar…Meremang bulu roma aku masa tu.

Kali kedua dan ketiga, aku ada lah rasa tak selesa tapi aku abaikan je sebab aku takut kali ni kalau pintu terbuka nampak ‘mak bayi’ pula!

Yang paling latest malam tadi, menangis-nangis depan rumah aku macam lapar susu. Tapi lama-lama dia hilang sendiri, sayup-sayup…

Entahlah aku tak tahu berapa lama lagi aku mampu tinggal di rumah ni sebab setakat ni taka da gangguan lain yang pelik-pelik selain bayi menangis tu je.

Kalau korang di tempat aku…stay ke pindah?
#Cerita seram #Gempak Keliwon #GempakKeliwon #Bayi Seram
;