Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakKeliwon: Lalu Tempat Keras Bawah Pokok Kekabu.. Allahu, Nampak Hantu Penanggal Tengah....!

Azwa Rahman
18/03/2021 14:00 MYT
Bila orang tanya, kau percaya hantu tak? Aku angguk je sambil tersenyum. Mungkin pengalaman pernah terserempak dengan hantu membuatkan aku percaya ‘benda’ tu ada.

Kejadian ni dah lama, sewaktu aku berumur 15 tahun. Ye, baru tingkatan tiga tapi bila teringat peristiwa nampak hantu penanggal bergayut di dahan pokok, terasa macam baru je.

Keluarga aku ada perniagaan kantin sekolah di Ipoh. Jadi kalau hari Sabtu, hari cuti atau lepas waktu sekolah, aku akan tolong bapak aku di kantin.

Macam biasa pagi Sabtu, seawal jam 3 pagi, bapak aku dah ajak pergi ke pasar borong untuk membeli keperluan makanan.

Dari rumah aku, nak ke pasar borong tu tak terlalu jauh, dalam setengah jam sahaja tapi, laluan nak ke sana memang agak ‘keras’.

Orang Ipoh kalau aku sebut kawasan ni, confirm diorang tahu cerita-cerita seram yang pernah berlaku kat sini.

Pukul 4 pagi dah dalam van, aku duduk depan sebelah bapak aku, memanglah aku tidur. Hanya radio menemani perjalanan bapak aku dan juga lampu depan van.

Aku tak sedar kami dah tiba di kawasan tu, selalu memang aku terlelap sampai pasar, tau-tau dah sampai kantin sekolah.

Tapi tidak hari itu, tiba-tiba tengah perjalanan, bapak aku kejut.

“Teh, teh, tengok depan tu. Ada hantu,” kata bapak aku separa menjerit.

Aku sambil menggosok mata, memberi tumpuan pada arah yang bapak aku tunjuk.

Ada benda terjuntai dari jauh. Serius benda berjuntai tu sedang bergayut di dahan pokok! Kalau tak silap aku tepi tu pokok kekabu yang tinggi melangit. Dan jalan raya tempat laluan kereta betul-betul di bawah dahan tersebut.

Aku hanya nampak benda yang berjuntai seperti isi perut dan organ badan bila lampu kereta menyuluh jalan. Mujurlah tak nampak muka kalau tak aku dah pengsan!

Tergamam! Aku hanya terdiam dan tanya bapak aku, itu ke penanggal? Bapak aku angguk. Time tu radio pula main lagu slow, seram la pulak!

Memang meremang bulu roma kejap, terus hilang rasa mengantuk. Bapak aku cakap penanggal ni biasanya dibela dan dia terbang mencari darah orang bersalin.

Aduhh, sape pula yang bela benda tu. Menaip artikel ni je dah buatkan aku teringat kejadian tu. Macam manalah bapak aku yang hari-hari lalu kawasan tu pukul 4,5 pagi.

Kebetulan pulak hari aku teman bapak aku tu, dia munculkan diri. Mungkin tengah berehat lepas minum darah wanita bersalin.

Apa-apa pun, bersyukur dia hanya ‘menampakkan’ dirinya dan tak kacau kami. Itu cerita 15 tahun lalu, kali terakhir aku lalu kawasan tu masa balik Ipoh hujung 2020 hari tu, pokok kekabu tinggu tu dah takde. Alhamdulillah….

#Kisah Seram #Gempak Keliwon #Hantu Penanggal
;