Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

#GempakKeliwon: “Tu Atas Pokok!”- Adik Menangis Ketakutan, Anak Kecil Sering Nampak Hantu?

Syafiqah Jalal 08/07/2021 | 14:05 MYT

Aku selalu dengar, budak atau bayi kecil ni mata mereka tiada hijab dan mudah nampak mahluk halus atau hantu iaitu benda yang tak mungkin dapat dilihat oleh orang dewasa dengan mata kasar.

Setiap kali aku dengar orang kata begitu, aku akan mendiamkan diri dan tidak berkata apa sebab benda ini biasa berlaku pada diri aku masa aku kecil.
Bukan aku yang Nampak hantu tapi dari pengalaman adik aku sendiri, paling jelas sejak dia boleh bercakap dua patah perkataan dari umur 2 hingga 4 tahun.
Cerita paling aku ingat ketika itu aku berusia 7 tahun dan adik aku baru berusia 3 tahun. Kami sekeluarga ke Cameron Highland.
Waktu itu, ayah buat keputusan untuk bertolak lewat petang dari Johor. Masa tu yang aku fikir hanyalah seronok sebab nak pergi bercuti ke tempat yang sejuk.
Kami pun bertolak kira-kira dalam jam 4 petang dari rumah. Perjalanan lancar sahaja dan hanya sekali dua ayah berhenti untuk buang air dan menunaikan solat.
Sehinggalah tamat lebuh raya, perjalanan ketika itu dah mula mendaki bukit serta jalan yang berliku dan selekoh yang tajam.
Waktu itu sudah agak lewat malam, jam menunjukkan jam 11 malam dan jalan di situ amatlah gelap dan setiap kenderaan yang lalu di situ hanya bergantung pada lampu kereta masing-masing.
Namun kenderaan tidak banyak ketika itu, jarang sekali kereta berselisih dengan kami. Aku tidak tidur dan adik pula baru sahaja terjaga dari tidur.
Jalan di situ agak sunyi kerana kiri kanan hanya lah hutan dan ada sekali sekala boleh nampak pondok kosong yang biasa merupakan tempat jualan orang asli yang berniaga di tepi jalan.
Keadaaan itu agak menyeramkan kerana ia seperti berada di dalam hutan yang gelap dan sunyi.Tak tipulah aku dapat rasakan suasanan tu menyeramkan.
Adik pun yang tadi sedang ketawa-ketawa kerana sedang bermain dengan ibu, tiba-tiba boleh terdiam dan terus menekup mukanya ke dada ibu.
Ibu pun perasan perubahan adik dan terus bertanya kepadanya. Dia masih terdiam tiba-tiba dia menangis tersedu-sedu.
Aku pun cuak melihat adik kerana aku tahu dia memang mudah ternampak mahluk halus dan tak musthbil dalam hutan yang tebal itu dia boleh ada ‘sesuatu’.
Dia tidak berhenti menangis tiba-tiba dia bersuara dan memberitahu “tu atas pokok tu…!” sangkaan aku betul, memang dia ‘nampak’!
Eh, jadi memang betul lah apa yang aku rasa sebelum tu, seram sejuk apabila kami melintasi satu pokok besar di tepi jalan itu. Pokok tu memang menyeramkan walaupun aku tidak nampak kelibat apa-apa mahluk pun sebelum itu.
Ibu pun terus membaca ayat kursi dan berzikir serta berselawat tanpa henti sehinggalah adik yang menangis tadi tertidur sambal air matanya membasahi pipi.
Apa-apa pun, aku bersyukur kerana kami tiba dengan selamat dan ayah telah menyewa satu rumah yang selesa untuk kami bercuti selama beberapa hari.
Jadi di sini aku nak tanya, betul ke semua budak atau bayi kecil boleh nampak hantu?

P/S: Adalah diingatkan, cerita daripada penulis ini adalah sekadar perkongsian sahaja. Sekiranya anda merasakan info ini mengarut atau boleh mendatangkan bahaya akidah, anda diminta untuk mengendahkan tulisan ini.

#Hantu #Seram #Halus #Keliwon #Mahluk
;